Sunday, January 15, 2012

Bagaikan mati hidup semula

Assalamualaikum w.b.t........

Hari ini ada sesuatu yang ingin saya abadikan di sini...tentang tarikh 13 Januari 2012..........ketika jam menunjukkan pukul 6.30 pagi....saya kelam kabut untuk ke tempat kerja....maklumlah...sekarang kena punch card pukul 7 pagi....sebab ade perhimpunan kecil terlebih dahulu sebelum memulakan kerja.....semua org tidak terkecuali.....jadi bg menghormati masa org lain...saya tk boleh lewat walaupun jarak perjalanan ke tempat kerja lebih jauh berbanding rakan2 yg lain.......

Ingin saya gambarkan di sini bahawa jalan tar lurus dengan sedikit bengkang benkok merupakan laluan harian saya ke tempat kerja sejauh lebih 20km.....laluan dari jalan luar ke ofis pula lebih kurang 7km dengan keadaan yg berlubang2 kerana berkongsi laluan dengan lori2 kayu......biasanya saya mengambil masa 15 minit untuk laluan 7km itu........dengan masa 30 minit yg ada sudah tentu saya menekan minyak seberapa yg mampu di atas jalan tar bagi membolehkan saya smpai ke tempat kerja tepat pada masanya.....dan hasilnya.....



Ya....gambar diatas adalah gambar kereta saya......gambar bukan diambil sejurus selepas kejadian....kerana kejadian berlaku pada jam 6.40 pagi dan kawasan sekeliling sangat gelap...........

Kereta tersebut juga berada di arah yg bertentangan daripada laluan asal dengan jarak lebih kurang 6 meter(not sure...tp jauh la....) dari kawasan saya menekan brek........

Syukur alhamdulillah saya selamat cuma sakit2 badan terutama dibahagian leher.....mujur saya memakai tali pinggang keledar......kejadian berlaku di sebuah selekoh...masa tu saya rasa kereta lebih mengahala ke kiri....jadi saya menekan brek...namun saya rasa jalan tersangat licin dan saya hilang kawalan!!!apa yg saya sedar kepala saya terhantuk di bumbung dan badan terhentak2 di kerusi dan kereta tidak berhenti walaupun saya rasa sudah menekan brek sekuat hati.....hanya kalimah Allah menjadi peneman dn saya redha walau apa pun berlaku ke atas saya selepas itu.......

Tiba2 kereta berhenti.......tiada sebiji kereta pun yg lalu pada ketika itu kecuali sebuah lori yg kemudiannya pergi begitu sahaja....saya cuba menghidupkan kembali enjin kereta...namun kereta tidak bergerak.....saya buntu...xtau nak buat apa dan bertambah cuak bila tersedar hnset tertinggal!!!
Kuasa Allah melebihi segalanya.....kerana suara seorang rakan sekerja melegakan saya....saya turun dari kereta............5 org rakan sekerja yg melalui jalan tersebut membantu saya......walaupun hancur hati ini melihat keadaan kereta tapi sy bersyukur dengan keadaan diri yang selamat.....melihatkan kedudukan kereta yg agak jauh daripada selekoh itu...saya dapat merasakan kereta saya berpusing2 sebelum dan selepas melanggar tebing tanah.....syukur juga kemalangan itu tidak melibatkan nyawa org lain................

Ketika jam 720 pagi pula ketika saya bersama2 rakan sekerja dan bebrapa org lain yg datang membantu menunggu lori towing tiba...tiba2 kami dikejutkan dgn kemalangan di tempat yg sama...kejadian berlaku di depan mata....masyaallah.......namun seperti saya,hanya kereta yg mengalami kerosakan teruk........

Tidak dapat saya nafikan mungkin ada sesuatu diletakkan di atas jalan...namun saya lebih menyalahkan diri sendiri kerana tidak berhati2 semasa memandu........

Kepada anda diluar sana......beringatlah...malang itu tidak berbau.....walau sehebat mana pun anda memandu...jgn lah mengikutkan perasaan...biar lambat asalkan selamat.......

Kepada diri saya sendiri........terlalu  byk hikmah yg saya perolehi selepas kejadian........

3 comments:

  1. nasib baik ko ok kan..alhamdulillah..syukur

    ReplyDelete
  2. sabar marina atas ujian Nya... setiap ujian yang datang, hikmah yang disebaliknya tu kita tak tahu lagi.. hanya Dia yang Maha Mengetahui.. Maybe nk dapat keta baru kot!!! :)

    ReplyDelete
  3. huh alhamdulillah ko slmt meriiii...ee seriau nyer aku huhu..aku igt kan kete ko terbalik ke ape sbb terhentak2 kt bumbung kan..rerupenye terhentak kt tebing jalan je..ape2pon..syukur ko selamat meri...yg ni jd pengajaran kt aku jgk..sbb kdg2 pg2 aku pecut gak dr sg buloh ke serdang ni huhu...

    ReplyDelete