Sunday, December 16, 2012

Senggugut petanda subur

Assalamualaikum w.b.t,....

Hujan mula turun......alhamdulillah.......Sambil mendengar deraian hujan atas atap aldeck ni...update blog sekejap......hehe

Pernahkah anda mendengar dan mengalami senggugut?'Penyakit' ini dialami oleh kaum hawa sahaja okeh, bukan lelaki.......Sakit di bahagian perut di saat2 hampir haid atau ketika haid....ia adalah fenomena biasa untuk setiap wanita terutama di kalangan remaja dan anak dara......penyakit ini akan hilang sebaik melahirkan anak (selepas berkahwin okeh).......tetapi terdapat juga perempuan yg dah beranak ramai dan tidak lagi melahirkan,mengalamai senggugut.....tidak melahirkan lagi bermaksud 'family planning' atau kematian suami.....

Sebelum ini saya fikir mereka2 yg mengalami senggugut adalah mereka yg bermasalah untuk mendapat zuriat...tetapi selepas menonton rancangan Semanis Kurma pada Khamis yang lepas bertajuk "Perempuan tanpa rahim", pemikiran terus berubah......Melalui panel Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj, perempuan yg sering mengalami senggugut adalah perempuan yg subur!!

Ini kerana senggugut adalah kesakitan biasa di saat pengeluaran darah haid.....ia adalah NORMAL....apabila mereka berkahwin,mereka akan mudah pregnant (sebab subur).....ketika mengandung, darah haid tidak keluar lagi kan, jadi mereka tidak mengalami senggugut...(itu yg orang kata lepas kahwin senggugut hilang)....yg tidak NORMAL adalah orang yg tidak pernah senggugut......ini kerana darah haid yg keluar mungkin sebahagiannya melalui dinding luar rahim dan akan menyebabkan penyakit2 lain........

Jadi kepada yg selalu mengalami senggugut...jangan lah risau k......oops satu lagi info, istilah rahim jatuh (untuk yg belum berkahwin) kerana mengangkat barang2 berat juga perlu dihapuskan...rahim jatuh biasanya terjadi kepada wanita yg telah beranak ramai........ok sekian.....


1 comment: