Saturday, May 9, 2015

Prosedur HIV test untuk bakal pengantin

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Sabtu everyone...hehehe....

Straight to the point, nak share info berkaitan prosedur HIV test untuk bakal pengantin.

Untuk pengetahuan bagi orang yang baru nak menjalani ujian ini, perlulah diingatkan bahawa keputusan ujian ini hanya sah diperlakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian. Maksudnya kalo harini amik test (9 May 2015) maka ia hanya sah sehingga 9 nov 2015. Kalo korang nak kahwin selepas 9 nov 2015, maka kenalah buat HIV test yang baru.......

HIV test untuk bakal pengantin hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Kalo dah kerajaan ni paham2 lah kan...kena la datang awal...kan ramai orang......bayaran yang dikenakan cuma RM1. Keputusan ujian akan diperoleh pada hari yang sama juga.

Di sini saya kongsikan prosedur HIV test di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9. Sebab kawan saya amik test kat situ.....hehehehehehe.....


  1. Call Klinik kesihatan tersebut, tanya boleh ke buat HIV test kat situ.....kena buat appoinment ke....ada specific time ke........Jawapan: boleh....tak perlu buat appointment, walk in jer....datang bile2 masa (waktu bekerja kerajaan la,,,jgn dtg malam).
  2. Pergi ke klinik tersebut lebih kurang pukul 10 pagi.....kalo awal sgt ramai orang pulak...ye la kan, kdg2 orang dtg nak amik mc....mc kan kena amik pagi2 jer...hehe
  3. Amik nombor giliran kat staf yang bertugas, ada kat kaunter bercermin gelap di tepi pintu masuk klinik.
  4. Masuk dalam klinik, ikut pintu depan okay.
  5. Tunggu nombor giliran dipanggil, daftar, bayar RM1, tunggu di kaunter lain yang diarahkan selepas daftar. nama dia kaunter triage.
  6. bila nombor dipanggil kat kaunter triage, staff akan bagi borang (3 salinan)...dan dia akan suruh pergi ke bilik Prosedur 21 dan satu lagi bilik untuk bertemu doktor.
  7. Isi borang yang diberikan itu dengan maklumat yang betul sebelum diserahkan ke bilik Prosedur 21.
  8. bilik Prosedur 21 tu adalah tempat dimana darah korang akan diambil.
  9. ooo lupa nak cakap, masa daftar tu korang akan diberikan satu kad kecil, ada bar code kat kad tu.
  10. ok,,letak kad dan borang  tadi kat dalam bakul di bilik prosedur 21 tu. pastikan borang tu korang dah isi tau....
  11. bila nama dipanggil, nurse akan cucuk jari korang ngan jarum. jari hantu ke...mane2 la yg asalkan ada darah keluar. dia amik sikit jer dan masukkan ke dalam kit hiv. lepas tu dia tanya la nama dan alamat tempat tinggal. nak pastikan sama dgn yang dalam sistem.
  12. dah ambil darah tu amik semula borang untuk dibawa ke bilik bertemu doktor. kad kecil yang korang dapat mase daftar tadi korang kena scan dia kat kaunter yang berhampiran dengan bilik doktor. scan betul2, kalo taktau tnye kat staff kat kaunter tu....lepas tu tunggu lagi nombor dipanggil. kalo korang tak scan kad, maka nombor korang tidak akan dipanggil.
  13. bila doktor panggil, dia akan bagitau la result korang. dia akan tunjuk kat komputer result korang. jadi kalo dia salah sebut korang boleh la betulkan. result cuma ade dua iaitu REAKTIF dan NON-REAKTIF......REAKTIF maksudnya HIV POSITIF (dijangkiti HIV). kalo NON-REAKTIF maksudnya HIV NEGATIF (tidak dijangkiti HIV).....doktor akan sebut positive atau negatif.
  14. Selepas bagitau result, doktor akan sign dan cop kat borang tu untuk pengesahan...pengesahan tu la yg laku untuk diberikan kepada pihak Jabatan Agama nanti.
  15. kalo result NON-REAKTIF, maka boleh la keluar daripada bilik doktor dengan hati riang gumbira....hehehehe...kiranya langkah seterusnya untuk permohonan berkahwin hampir lengkap la kan.....tinggal nak isi borang kahwin jer la...hehehe
  16. kalo result REAKTIF, mungkin doktor akan cakap panjang lebar lah kat dalam bilik tu...tu tak dapat lah nak dipastikan, tapi ia pasti merupakan dugaan besar untuk pasangan yang nak berkahwin....sabar okay dan bertindaklah mengikut akal bukannya perasaan........kalo HIV POSITIF boleh jugak kahwin kan kalo dah jodoh, cuma perlu ada langkah2 keselamatan....
  17. borang yang 3 salinan tu (yang doktor dah sign n cop) korang boleh bawak balik untuk dibawa pula ke jabatan agama bersama-sama dengan sijil kursus kahwin. bawak masa nak isi borang permohonan kahwin nanti. walopun kat situ ade tulis SALINAN KLINIK, takyah bagi klinik sebab doktor cakap klinik dah ada copy.....
Masa balik: 12 tengahari......rancang masa anda okay...

Ok settle. Selamat menjalani ujian HIV!:)





1 comment: