Wednesday, June 10, 2015

Surat Akuan Bujang

Assalamualaikum w.b.t...

Surat akuan bujang merupakan antara perkara penting yang perlu disediakan bagi memohon kebenaran untuk berkahwin. Sekiranya bakal pengantin tidak bekerja, surat akuan bujang perlu ditandatangani oleh Ketua Kampung/Imam manakala bagi yang bekerja perlulah disahkan oleh Bahagian Sumber Manusia (HR) di pejabat masing-masing (tempat bekerja).

Untuk yang bekerja, cara mendapatkan surat akuan bujang senang sahaja, dengan memberitahu kepada bahagian sumber manusia, dan mereka yang akan sediakan serta mendapatkan tandatangan daripada majikan. Kita cuma perlu bagitahu mereka dan ambil apabila siap sahaja. Namun sekiranya tidak mahu menyusahkan pihak HR (hehehe), maka mungkin boleh menyediakan surat tersebut sendiri dan mendapatkan tandatangan pihak majikan sendiri. Tapi harus diingat, salinan surat tersebut perlulah diserahkan juga kepada pihak HR sebagai rujukan di masa akan datang. Berikut adalah contoh surat akuan bujang bagi orang yang bekerja.
_________________________________________________________________________
Tarikh

Sulit dan Persendirian

Kepada sesiapa yang berkenaan

PENGESAHAN STATUS PEKERJAAN DAN PERKAHWINAN

Nama:
No KP:

Merujuk kepada perkara di atas, adalah disahkan bahawa Nama penuh pemegang No KP nombor ic adalah pekerja syarikat ini.

Tarikh mula bekerja:
Jawatan:
No Pekerja:
Status Pekerjaan:
Status Perkahwinan:

Sila hubungi pejabat kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
..............................
Nama Majikan
Jawatan

*Surat ini hendaklah di print di atas letter head company.




1 comment:

  1. kalau bujang kena buat macam mana? kena provide surat akuan bujang sendiri atau minta kat pej daerah?

    ReplyDelete