Saturday, July 11, 2015

Fitnah vs Aib

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat menjalani ibadah puasa everyone.....

Fitnah maksudnye daripada pemikiran saya adalah menuduh dan menyebarkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan jahat sedangkan tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut. dalam erti kata lain, tertuduh merupakan orang yang teraniaya.

Aib pula adalah sesuatu yang buruk yang memang dilakukan oleh seseorang. apabila ada orang lain yang mengetahui seseorang itu melakukan perbuatan buruk itu lalu dia menyebarkan keburukan tersebut maka dia dikatakan telah membuka aib orang. hmm paham tak ayat?

dalam zaman dunia moden ini pelbagai fitnah dan aib yang menjadi bahan bacaan kita. secara tidak langsung kita juga terjebak dalam penyebaran fitnah dan aib.

apa yang ingin saya sentuh di sini adalah betapa kasihannya melihat keluarga tertuduh/yg dibuka aib menjadi bahan tarikan di media sosial. you know what i mean? conthnye: A buat jahat, dan kejahatannya tersebar di media sosial. dan orang nak tau siapa A, lalu kajian dilakukan termasuk menyebarkan gambar ahli keluarga A di media sosial. adakah itu adil?hmm fikir2 kan.




No comments:

Post a Comment