Monday, May 15, 2017

Lebih baik isi minyak kereta sendiri

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari ini.

Baru-baru ini my husband and I ada la g isi minyak kat sebuah petrol station yang tak perlulah di sebut namanya di sini. Seperti yang korang tau, sesetengah station ada yang fully layan diri kan, maknanya memang kita la yang kena g kaunter bayar and tuang minyak sendiri. Ada jugak station yang masih lagi menggunakan khidmat pekerja (tak ramai) untuk membantu kita mengisi minyak. Boleh bagi duit dan kad pada pekerja tersebut dan dia yang swipe dan isikan minyak.

In this case, ada la seorang pekerja datang to my husband masa husband I nak g bayar kat kaunter. So my husband pun bagi la duit kat dia. RM30 jer. Biasanya kan kita terus masuk kereta semasa pekerja tu isikan minyak kan. Nanti dah habis isi mesti dia datang ketuk cermin tingkap (tanda dah siap). Tapi kali ni terdetik kat hati my husband untuk tunggu kat luar kereta sampai pekerja tersebut siap tuang minyak. Sambil2 tu husband I tengok2 la keadaan kereta. Then bila dah habis isi tu, my husband terdetik (lagi) nak tengok jumlah yang kat pump tu. OMG, RM20 jer!!!Terus dia cakap kat pekerja tu, kan saya bagi RM30?? Terus pekerja tu sengih2 then cakap ye ke bang? Sambil isikan minyak semula. Huh!

So uols, better isi minyak sendiri bagi dielak kena tipu ok...bayangkan kalo sebijik kereta dia dapat masuk poket rm10, kalau 10 biji kereta dah berapa? Hmmm..fikir2kan. Kita pulak RUGI. Dah ler harga minyak tak menentu sekarang ni kan....hmmm.

No comments:

Post a Comment