Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum,,

Hi readers...selamat menyambut tahun baru 2015. Semoga hari-hari yang mendatang dapat ditempuhi dengan lebih yakin.....





Friday, October 31, 2014

Peristiwa memalukan


Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat semua...;)

Ceritanya berbunyi begini..(tiba2 intro kan...haha)

Pergi kedai runcit...ambil itu ambil ini...(bunyi mcam byk kan...tapi sikit je sebenarnya)..salah satu daripada barang tersebut adalah setin susu cair (jenama takleh sebut nnti diorang offer jadi duta pulak, perasan)...

Dah ambil semua barang, terus letak kat kaunter...ada sorang kanak2 dgn mak dia....kanak2 tu mnyanyi2 lagu orang dewasa...saya terpesona dan leka tgk dia....bila mak kanak2 tu dah byr barang, saya pun bayar pulak barang2 saya...then dah byr, dh ambil balance, terus bawak barang (dgn plastik) kiri kanan. Tengah2 berjalan tu terasa ada barang yang dikepitkan kat pinggang.....konpius sekejap...apa benda yang terkepit ni? Nak kata kepit purse, rasanya bwk handbag.....dalam hati berdebar2, sungguh misteri...

Terus capai barang tersebut dan tengok sambil berkata..."eh, susu!!eh, dah byr ke belum ni???Hahaha....Patah balik ke kedai then tanya mamat tu..."eh, ni saya dh byr belum eh?"...Selamba mamat tu jawab.."belum"....So I guess mamat ni dah perasan dari tadi lagi...maybe dia malu nak tuduh saya 'mencuri' kot....haha...cepat2 saya cakap..."sorry2...saya terpegang tadi"...

Aduh...tersengih2 I masuk dalam kereta sensorang, sambil berfikir bagaimanakah peristiwa sebegini boleh terjadi...bila masa entah capai susu dan kepit....haha....

Saturday, October 11, 2014

Redha

Assalamualaikum w.b.t....

Happy Saturday....

Hmm saya sangat menyokong pendapat di bawah:


Apabila hati berdamai dengan takdir barulah fikiran stabil menyusun tadbir... Terima dulu hakikat kita patut diuji, barulah berusaha untuk mengatasi ujian itu! -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
sumber: Facebook ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Konsepnya adalah REDHA.

Rezeki daripada Allah itu datangnya bila-bila masa, begitu juga dengan ujian daripadaNya untuk kita...Tanpa sedar kita sebenarnya tak meminta pun dengan semua rezeki yang kita dapat, jadi tak adil kah Dia apabila menurunkan ujian yang kita tak pernah minta?Fikir2 kan.....

Apabila kita beriman kepada qada' dan qadar, hati akan menjadi tenang. Kita perlu redha dengan semua takdir Allah. Apabila kita redha, fikiran kita akan tenang dan ketika itu baru lah kita menemui jalan keluar kepada segala masalah yang kita hadapi. Mencari jalan keluar tidak semestinya bermaksud kita akan menjumpai penyelesaiannya, tapi ia adalah suatu usaha untuk kita mencapai apa yang kita hajati.

Berbanding dengan apabila kita tidak redha, hati menjadi tidak tenang, tidur tidak lena malah kesihatan juga akan terjejas. Kesihatan bukan hanya dari segi fizikal malah mental dan juga emosi.

Ketika kita ditimpa ujian, jangan lah kita berputus asa. Hanya kepada Allah lah tempat kita meminta dan mengadu. Jangan berharap kepada manusia kerana naluri manusia itu pun Allah yang tentukan. Berdoalah kepada Allah agar hati tidak menjadi kufur dengan nikmatNya.

Apabila kita redha menerima takdir, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana kita yakin ada sesuatu yang Allah sudah persiapkan untuk kita. Tugas kita adalah untuk mencari dan mencari. Setiap tindakan kita juga Allah yang tentukan. Dengan setiap izinnya untuk kita melalui pengalaman demi pengalaman pasti ada hikmahnya. Konsepnya mudah kan, iaitu Redha.

Allah itu tidak kejam tapi Dia Maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan kita bersendirian menempuh kehidupan ini. Ujian yang diturunkan adalah untuk meningkatkan iman kita dan mendekatkan kita kepadaNya. Yakinlah dengan janji Allah.




Tuesday, October 7, 2014

Ubat demam

Assalamualaikum w.b.t...

Lately selalu rasa macam nak demam....rase2 nak demam tapi demam tak jadi...batuk selsema, badan rasa panas2 tapi takde sakit kepala.....my demam definition is bdn panas+sakit kepala........so kalo kepala tak sakit tapi badan panas dan batuk2, maka belum demam lah tu....tapi risau gak la kan, sekarang ni kan musim denggi yg tak habis2....jgn la kena denggi pulak,,,,

Hari ni (tapi sejak semalam), tekak rasa ada lendir2 (eee yekkkk,,sori..), nak batuk tak jadi...tibe2 rasa nak muntah sebab lendir tu statik di kerongkong, tak boleh nak dikeluarkan....hhmmm......hidung dah rasa panas2 gak, tanda nak selsema.....so dah telah 3 sudu ubat batuk dengan sebiji panadol soluble.....nak rehat..nak tido...tapi mata tak boleh lelap.....hmmm...sangat tak selesa...huhu

bulan lepas pun ada rasa macam ni tapi lebih teruk la.....namun belum demam gak la masa tu...cuma ada rasa tak larat nak bangun....tapi digagahkan juga...terus pergi beli jus tembikai suam...takde selera nak makan nasi....habis je minum, baring sekejap, terus muntah.......lepas muntah badan jadi sihat walafiat...hmm magic betul...alhamdulillah......

Harini rasa macam nak minum jus tembikai jugak la! ;)

Monday, September 29, 2014

Sauna menggunakan periuk nasi!

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers....happy Monday....no Monday blues ok!;)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara-cara melakukan sauna di rumah dengan hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Jadi, anda boleh menjimatkan masa dan wang kerana tak perlu lagi pergi ke pusat2 Spa untuk bersauna, unless kalau korang jenis yang banyak duit dan MALAS nak buat sendiri itu lain cerita lah kan.

Ok, terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya Farah Diva kerana sudi mencuri masa berkongsi dengan saya cara bersauna menggunakan periuk elektrik ni......Kalau korang seorang perempuan yang ingin menjaga kesihatan dalaman tetapi tidak punya masa nak pergi ke Spa, ada keluarga dan anak2 yang memerlukan perhatian selain anda sendiri merupakan wanita bekerjaya, maka cara sauna ini sangat membantu. Eh, korang taktau ke kebaikan bersauna? Kalau taktau boleh la tanya ENCIK GOOGLE dulu ye,,,,,;)


SAUNA MENGGUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK

Bahan-bahan:
daun mengkudu, serai, kunyit, halia dan lengkuas

Alat : Periuk nasi elektrik (baru beli dan tak pernah digunakan untuk memasak nasi), kerusi (yang ada lubang2, jenis kayu lebih baik), selimut tebal, kain sarung


Cara-cara:


  • Masukkan semua bahan2 yang dah dipotong2 ke dalam periuk nasi dan isikan air, macam ni:



  • Tutupkan periuk dan pasang suis, biarkan ia mendidih
  • Sambil tunggu air mendidih tu, pergi la tukar pakaian kepada pakai kain sarung sahaja (yang lain tanggal supaya peluh dapat keluar dengan senangnye)......jangan bogel, tak baik tau!
  • Apabila air telah mendidih sepenuhnya, buka kan penutup periuk dan letakkan periuk di bwah kerusi (suis still on). Kat bawah ni kerusi plastik (pun boleh, tapi cepat lembik Farah cakap)



  • Selimutkan badan anda supaya haba yang terbebas dapat menusuk ke arah badan sepenuhnya. Tahan sehingga 30 minit (bergantung kepada keupayaan diri sendiri, tapi jangan lama sangat sampai 24 jam lak!
  • Bahan2 yang di rebus tadi akan mengeluarkan bau yang harum, jadi jangan risau. Lagipun ia adalah bahan2 semulajadi.
  • Setelah selesai, air rebusan boleh la dibuang bersama-sama dengan bahan yang dah tak boleh diguna semula. Yang boleh diguna semula boleh la dibersihkan dan disimpan rapi (pastikan tidak diguna semula untuk memasak ye, ingat tu!!!)
  • Boleh la pergi mandi dengan senang hati. Anda pasti akan berasa segar selepas itu. Senang kan?

Jadi boleh lah anda melakukan sauna sekerap mana yang anda suka. Tapi jangan lupa untuk minum air dengan banyak selepas bersauna. Masa buat sendiri tu nanti feeling2 la macam kat pusat Spa yang eksklusif...hehe


Selamat mencuba!





Saturday, September 27, 2014

Berita gembira :)

Assalamualaikum w.b.t.....

Hi blog....How are you...?;)

Saya ada berita gembira untuk dikongsikan dengan kamu, wahai blog..Saya tahu kamu pendengar yang setia...yang tak banyak komplen kalau saya cerita macam-macam. Kamu tak pernah menghalang saya untuk terus menconteng di badan kamu walaupun contengan yang mengarut, menjengkelkan, tak logik dan tak masuk akal...

Saat duka lara serta kesedihan saya sentiasa kamu tampung....saya sayang kamu. Saya tetap akan menconteng di sini biarpun setelah 5 tahun kita berdampingan, kamu cuma mmpu memberi saya RM70.00. Saya akan up kan harga kamu suatu hari nanti kepada RM700.00 (pelan2 kayuh ye)...

Hari ini saya taknak kngsikan kesedihan.....Saya mahu kamu tersenyum dengan contengan kali ini....Saya mahu beritahu kamu bahawasanya saya telah lulus exammmmmm....alhamdulillah......(walaupun otak dah berkarat, namun ku gagahkan jua....) 

Kamu happy tak blog? Harap2 berita ini mampu menggembirakan hati kamu....Ok izinkan saya menampal kukuh contengan ini di badanmu.......Selamat malam.......

Sunday, September 21, 2014

Rindu Abah

Assalamualaikum w.b.t....

Rindunya kat Abah,,,,,,,hmm as usual, semua org yang dah kehilangan ibu/bapa pasti akan menasihatkan org lain yang masih mempunyai ibu dan bapa supaya menghargai setiap detik bersama dengan mereka....kerana apabila kita kehilangan mereka, rindu pasti takkan terubat lagi.....

Menitik airmata apabila melihat dan merenung gambar arwah...rasa macam dia masih ada tapi saya tidak mengendahkannya.....sedihnya tak dapat lagi mngucup tgn abah...3 tahun sudah berlalu....masih jelas terbayang wajahnya dan kerenahnya.....hanya dia memahami saya....

Di ketika ini, bila segala masalah tidak terungkai, makin saya merinduinya.....tiada kata2 dapat saya luahkan untuk org lain memahami hati ini,,,,tiada penyelesaian dapat diungkap dgn kata2 daripada org lain...terasa patah hati ini tanpa doanya.....Al-fatihah :(

Sunday, September 14, 2014

Tak dapat nak study bila dah online....

Assalamualaikum w.b.t....

Hmm....

Mula-mula on kan laptop, niat murni di hati adalah untuk mengulangkaji pelajaran. Exam bakal tiba bila-bila masa.....

Tapi bila dah on laptop.....terus terniat nak on kan internet pulak......dengan harapan urusan ulangkaji pelajaran tidak membosankan apabila sekali-sekala dapat surfing internet.....

Namun, bila dah online......niat untuk mengulangkaji hampir luput dari ingatan....apabila dah semakin jauh melayari internet, rasa pinggang macam nak patah menandakan badan perlu dibaringkan......

Maka niat mengulangkaji pelajaran terkubur bersama dengan pembaringan.........

Oleh yang demikian, mula pasang niat nak mengulangkaji pelajaran di lain masa iaitu pada keesokan harinya.......

Walaubagaimanapun, perkara yang sama berlaku setiap hari.....

Persoalannya....bilo maso den nak study niiiiiiiiii.....PEMALAS!!!

Sunday, September 7, 2014

Hidup macam gelandangan

Assalamualaikum w.b.t.....

Gd morning,,:)Semoga semuanya sihat2 sejahtera hendaknya.

Gelandangan mengikut pemahaman saya merupakan golongan yang tiada tempat untuk berteduh/rumah dan tidak mempunyai pekerjaan. Setiap hari mereka berjalan dari satu tempat ke satu tempat dan mungkin kembali ke tempat yang sama setiap malam untuk tidur. Mengapa mereka tidak mempunyai perkerjaan, tidak dapat saya nak pastikan. Terdapat juga antara mereka yang mempunyai pekerjaan tapi mungkin gaji tidak seberapa dan hidup sebagai gelandangan adalah pilihan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan.

Melihatkan kehidupan mereka yang serba kekurangan itulah maka ramai pihak NGO mengambil pendekatan untuk menghulurkan bantuan dengan memberi makanan atau pun pakaian. Namun isu (dah lama) memberi amaran kepada 'pemberi' supaya menghentikan bantuan mereka. Mereka yang membantu gelandangan akan dikenakan tindakan. Hmm... Apa masalahnya dengan gelandangan, sedangkan di negara-negara lain malah negara berkuasa besar juga mempunyai golongan gelandangan.Mungkin mereka tidak tahu keperitan yang dilalui oleh golongan gelandangan.:(

Saya pernah juga merasa/terasa keperitan seperti gelandangan apabila suatu ketika terpaksa bermalam di dalam kereta. Beberapa malam dengan keadaan begitu menjadikan saya merasa sangat simpati kepada golongan gelandangan. Hidup berumahkan kereta, walaupun berbumbung dan terlindung namun masih tidak selesa. Nyamuk2 silih berganti menghinggapi tubuh, suasana bising di luar dengan deruman motor berlumba, panas dan orang di luar yang sentiasa lalu lalang memandang. Malu tapi terpaksa. Setiap malam saya mencari tempat tidur. Stesen minyak dan hentian rehat saya rasakan tempat yang selamat untuk bermalam kerana ada pengawal yang bertugas 24 jam.:). Di tempat itulah saya mandi dan bersiap untuk hari yang seterusnya. Masjid dan surau pula menjadi tempat untuk saya singgah bagi menunaikan solat 5 waktu. Dengan tak sengaja kehidupan seperti itu memberi saya peluang untuk solat secara berjemaah di surau dan masjid yang saya singgah. Alhamdulillah. Jika dirumah, belum tentu saya mampu pergi ke surau yang berdekatan untuk solat berjemaah.

Saya mempunyai rumah (sewa), dan kehidupan seperti itu dilalui atas sebab2 tertentu. Tapi itu sudah cukup untuk saya menghormati kehidupan gelandangan. Tidak sepatutnya kita menghentikan bantuan yang dihulur kepada gelandangan. Kita tidak dapat memahami kehidupan orang lain dan kita tidak tahu atas sebab apa mereka jadi begitu. Hidup ini seperti roda. Kadang2 kita di atas, dan ada ketikanya kita berada di bawah. Beringatlah..



Monday, July 21, 2014

Oh Malaysia

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Ramadhan ...:)

Di bulan Ramadhan yang mulia ini negara kita Malaysia telah diuji sekali lagi apabila MH17 milik Malaysia Airlines System (MAS) dikatakan ditembak oleh tentera Ukraine pada 17.7.2014. Seramai 298 penumpang termasuk krew bertugas telah terkorban. Inna lillahi wainna ilaihi roji'un...........Tak terkata kesedihan yang melanda. Kalau korang tak rasa sedih taktau la korang ni spesies apa....walaupun yang terkorban tu bukan sedara mara kita yang terdekat,,,tetapi mereka juga manusia...wajar kah manusia diperlakukan sedemikian rupa? Kes MH370 pun belum selesai, sekali lagi penerbangan kita diuji......

Walaupun penderitaan kita tidak sehebat apa yang dialami oleh penduduk Palestine, namun ia turut menguji kekuatan iman kita...kita turut bersedih. Mungkin kita tidak sekuat Palestine (kekuatan dalaman), tapi ia memberi pengajaran yang bermakna kepada kita.

Saya tidak pernah pun menaiki kapal terbang, tapi saya berbangga dengan adanya MAS. Ia seperti membawa nama Malaysia terbang bersama di serata dunia. Walaupun banyak spekulasi tentang pentadbirannya, saya tetap bangga melihat MAS. Bila MAS diuji begini, ia seperti memberi gambaran hebat kepada negara Malaysia. Seluruh penduduk Malaysia bersatu membantah kekejaman yang dilakukan terhadap MH17. Semua orang memberi kekuatan semangat kepada MAS, kerajaan Malaysia dan kaum keluarga mangsa nahas. Mungkin ada sedikit yang memberi komen negatif, tapi biarkan sahaja keyboard warrior itu dengan cara pemikiran mereka.

Jauh di sudut hati, saya ingin melihat orang yang kejam itu mendapat balasan yang setimpal. Tapi mampukah kita menundukkan kuasa besar supaya mengakui kesalahan mereka? Hanya Allah lah yang dapat membantu. Terasa kerdilnya Malaysia apabila sukar untuk memasuki kawasan nahas dan sukar mendapatkan hak ke atas kotak hitam pesawat. Namun lebih kerdil kita di sisi Nya. Sudah tentu banyak hikmah yang tersirat di sebalik semua kejadian.

Tidak perlu bimbang tentang ketabahan hati keluarga org2 yang terkorban, kerana sudah tentu mereka sudah cukup tabah menghadapi ujian ini. Sedikit air mata kita mengalir, kuat lagi hati mereka menempuhi kesedihan ini. Semoga Allah merahmati mereka semuanya.....Aaminn....



Sunday, July 13, 2014

Kekuatanku hanya daripada Mu

Assalamualaikum w.b.t.....

Selamat berpuasa readers....hari ni dah hari ke-15 kita berpuasa kan....alhamdulillah...

Korang kenal tak Umi Nazira...yg artis tu..hikhik tibe2 lak kan?Beliau yang saya tahu baru sahaja (bukanlah 2-3 hari) mengenakan hijab dan berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik...alhamdulillah.....hidayah tu daripada Allah kan....masa saya menonton beliau dalam rancangan Nona (2 minggu lepas kot), beliau ada mengeluarkan pendapat bahawasenya kekuatan diri kita tu bukannya dtg daripada orang di sekeliling kita, tapi hanya daripada Allah.......

Kata2 beliau itu membuatkan saya berfikir...berfikir dan berfikir...ya memang benar....saya jadikan kata2 itu sebagai pendorong kepada saya untuk meneruskan kehidupan....kdg2 kita rasa hidup kita ni perlu sangat bergantung kepada orang lain....mesti kita pernah terfikir.."kalo dia takde cmne la hidup aku nnti"......tapi sebenarnya orang2 disekeliling kita juga melalui kehidupan yang sama macam kita.....dugaan datang silih berganti...kawan datang dan pergi...yg hidup juga pastikan mati...apa yang kita ada takkan kekal selam-lamanya.........kalau kita berharap kepada orang lain,  tak mungkin kita dapat meneruskan hidup bila mereka sudah tiada...jika kita berasa selesa dengan kesenangan hidup kita, tak mungkin kita akan berasa selesa selepas kita hilang nikmat kesenangan itu..........Mungkin kita akan jadi gila atau tidak keruan apabila kehilangan sesuatu...tapi berbeza kalau kita hanya meletakkan kebergantungan kepada Yang Maha Esa....

Hmm kini saya masih belajar, belajar meletakkan semuanya kepada Allah...semoga semuanya dipermudahkan....doa kan saya ya....;)....bukan bermakna tidak berusaha tau,,,,,usaha dan serahkan kepadaNya Yang Maha Berkuasa....




Thursday, July 3, 2014

Awas Maybank Scam

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers :)

Lately saya terima banyak emel yang kononnya dari Maybank..diorang cakap ada problem ngan akaun la...account deactivate la....suruh sahkan akaun la....macam2....tapi saya tak layan pun delete je.....sebab sebelum ni pun dah banyak terima emel yang macam tu.....dan ada jugak terbaca yg org lain menasihatkan supaya jangan layan benda2 macam tu...Its a scam...penipuan....diorang bukan hanya guna nama Maybank...semua bank pun ada....hmmm....

Tapi hari ni lain pula ceritanya....bukan setakat dapat emel, malah dapat call....camni diorang call:

Scam: Selamat pagi cik, saya buat panggilan daripada bahagian pengesahan Maybank..cik ada menggunakan kad bla bla bla bla kan?Saya nak buat pengesahan.

Saya yang walopun tengah blur masa menerima panggilan bersyukur kerana masih waras untuk menjawab panggilan itu..

Saya: Awak dari mana?

Scam: Bahagian pengesahan Maybank. Saya nak sahkan kad cik

Saya: Saya boleh buat pengesahan di Maybank.. (marah)

Scam: Kalau macam tu kami akan blok kan kad atm cik, dan cik kena pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 petang ni.

Saya: Ok, terima kasih. Saya boleh pergi.

Panggilan tamat. Tapi dalam hati saya cakap mcm ni "alamak betul ke kena blok?"aduhhhh takkan nak kena g Maybank.

My friend cadangkan I call Maybank customer service. Nombornye tertera di kad atm. So I pun call la cakap dengan operator....

Saya: Cik, tadi saya dapat panggilan daripada private number nak buat pengesahan kad atm...dan minta saya pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 ptg ni sebab kad dah kena blok. Betul ke tu?

Maybank: Bleh bagi no IC cik. Saya nak semak.

Saya: Boleh...(dan bagi nombor IC)

Maybank: Ok...buat pengetahuan cik, itu bukan orang Maybank yang call...itu scam....cik takde bagi apa2 maklumat kan?

Saya: Hmm takde. Habis yang dia cakap kad saya kena blok tu macam mana.

Maybank: Tak (dah check)....diorang tak boleh blok kan kad cik sebab itu bukan panggilan dari Maybank. Akaun cik selamat dan tidak diblok.

Saya: (Alhamdulillah)...Terima kasih ye.....:)

Itu sekadar perkongsian. Kadang2 kita tak bersedia menjawab panggilan org2 yang tidak dikenali. Just remeber in your mind...kalo ape2 yang melibatkan akaun bank, bank2 berkenaan TIDAK AKAN sesekali menghubungi anda melalui telefon mahupun emel. Mereka akan memberikan notis atau surat yang meminta anda datang sendiri ke cawangan2 bank.

Jadi, awas!Jangan tertipu dengan scam.....habislah nanti duit korang kalo mendedahkan maklumat peribadi korang....hmm...ok?


Monday, June 30, 2014

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t......

Hi friends....:)

Alhamdulillah kita telah memasuki hari kedua Ramadhan 1435H.......and this Ramadhan is the biggest birthday present I ever had!No, my birthday not fall on the 29th (1st Ramadhan), but 1 day earlier....whatever it is, I am very happy....:)

Beside that, I am also have to face a big challenge in my life...deep in my heart is only Allah knows.....Hopefully I can  go through all this and this Ramadhan will give me extra strength to get life better.....

Thank you to my friends for the supportive words...:)

Friday, June 20, 2014

Bukan urusan kau


Assalamualaikum w.b.t....



  • Banyak sikit rezeki
  • Masa hadapan
  • Jodoh pertemuan
  • Mati

Semuanya urusan Dia......


Monday, June 16, 2014

Yes, they are

Assalamualaikum w.b.t.....

Hmm semakin hari semakin bosan dok ofis.....someone said to me..."ko ni asik bosannnn je". Saya sangat terasa hati dengan kata2 beliau...erk, beliau ke?bukan bosan saje2 la.....dah mmg bosan nak wt cmne....tapi kata2 itu seperti berbisik kepada saya tentang erti syukur....mungkin kurang bersyukur atau tak bersyukur langsung, sebab tu selalu rasa bosan.

Kadang2, kita mmg perlu berhati2 dgn the person we talk to, kena cari orang yg betul2 memahami....kalau tersalah org, berkemungkinan besar hati ini tambah berduka,,,,hmmm..bukan semua org boleh menjadi pendengar yg baik......ada orang suka memberi kata2 semangat kepada kita, ada org hanya mahu melihat kita tersungkur....lihat dalam diam......

My true friends.....me: middle, left: isda. right: farrah

Memang bukan semua perkara kita boleh share dengan org lain, tapi di saat saya mmg memerlukan kekuatan, farrah dan isda adalah penyelamatnya...terasa diri ni teruk sangat sebab saya selalu takde di kala diorang susah....tp diorang sentiasa ada di saat2 getir saya.........hmmm...Thank you friends....

Friday, June 13, 2014

Token LRT

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Jumaat everybody..:)

A few days ago, I went to KL by using public transport, rapidKL lrt....Hmmm dah lama sangat dah tak naik public transport sejak dah ada kereta dan tak menetap lama di kota.

Last time naik lrt masa umur bawah 27 tahun (erk skang dah berapa?)....masa tu zaman jadi kerani (skang pun kerani jugakkkk) di pinggiran kota...pegi KL dgn geng2 kerani esspecially kalo dah dekat nak raye kan,,shopping2 kat sogo ke masjid india ke....wahhh seronoknya mase tu.....

Dulu2 mase first time naik lrt, pakai tiket....tiket boleh beli kat kaunter atau pun mesin....sangat lah tkejut bila masukkan tiket kat entry pastu tiket kuar balik...kwn2 kerani gelak2 kan sambil ckp kena amik balik la tiket tu...nnti cmne ko nak kuar bile dh spai nnti....huhu mne i tau.....smpai hati gelakkan org tau....tapi padehal kwn2 kerani tu pun ntah2 dah pnah tkena dulu mse first time diorang nek lrt...balas la tu.......

Ok few days ago tu, mase nak beli tiket i tgk ade 4 mesin beli tiket....tapi tkde org pun...so I pegi lah kat kaunter nak beli tiket...org jage kaunter cakap kena beli kat mesin.....oooo ok.....dgn nevesnya pergi lah kat mesin tu...oh myyyy...cmne nak buat ni.....mesin tu touch screen lak tu......smbil tkebil2 i touch je la apa yg patut.......kna pilih laluan mane....pastu nak sehala ke pegi balik ke....then kuar la harga....nasib baik I ade duit kecik (mmg dalam purse semua duit kcik2 je pun...haha)......then tertera ayat"please take your token and balance"...cmtu lah lebih kurang....hah?token?macam nak main game kat funfair pulak pakai token......Ni la token nye...


Saiz token besar duit syiling 20 sen je.......wahhhh gayatnye (teruja sesangat) lah tgk token ni....cmne lak nak guna aduhaiiiiiiii....nasib baik tak ramai org on that time...tkde la malu sgt.....

Pergi kat entry  area tu, tkebil2 lagi cari kat mane nak masukkan token ni.......hikhik.....syukur alhamdulillah terus ternampak kat situ ade tulis "touch your token or ticket (monthly)"......ok done...'gate' pun terbukak....huh, selamat den.....

Keadaan lrt dan masa perjalanan masih sama macam dulu2....pantas tapi ramai orang...tak dapat duduk pun.....dah la pakai high heels...ohh man....tak seimbang badan bile berdiri dalam lrt....tapi tgk org2 lain relax je....de yang berdiri tak pegang apa2 (penahan), tapi masih mampu pegang henset...wow tabik la....hikhik........one day soon I pulak jadi cmtu kot...jd otai lrt...hahaha...



Tuesday, June 10, 2014

When the tiger roars


Dear S,

I hate you very much! Don't you understand??

I can eat you, but I had no appetite for hard meat dish.

You are too old to live in this world. But only He knew the reason.

Don't force me, otherwise I will pounce and bite you.

Beware and please take note, old man!!



Regards,
Tiger



Friday, June 6, 2014

Hidup tanpa energy booster

Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat everybody..:)

Sambil2 bukak cite Upin Ipin ni, update blog sekejap....hehe...rase mcm hari ni nak blk awal la..sebab tak kuar rehat...hikhik leh tak mcm gitu?integriti...integriti.....hmm

Berbalik kepada tajuk di atas (mcm karangan sekolah lak), semakin tua umur kita, semakin kurang tenaga yang ada dalam tubuh badan kita. Oleh itu saya perlukan sesuatu untuk memberikan saya tenaga. Sebelum ni saya amalkan mkn double stemcell PhytoScience (DSP)....namun dah lama saya berhenti menggunakannya walopun kesannya memberansangkan. Nape berenti?sebab saya dah makin confuse dgn keselamatan dan kehalalannya berikutan tiada penjelasan yg terang dan jelas. ceh wahh...Oh, lagi satu sebab adalah kerana harganya mmg mahal...RM200 untuk sebulan.

Setelah berhenti menggunakannya saya dapati tenaga badan saya tidak mencukupi.....kulit mnjadi kusam (mmg pun sejak azali, hah hah)...tidur semakin awal sebab penat...balik kerja je dah rasa penat walopun kerjanye tak seberapa....hmmm

Namun tibe2 (hehe)...saya terjumpa satu produk ni yang bernama Secret Skin White Kawaii Collagen (SSWKC) yang bercirikan sama dgn DSP...dari segi kandungannya iaitu buah-buahan dan ia berbentuk serbuk dalam sachet yang cara makannya kemam dalam mulut....hmmmm sama je mcm DSP....namun harganya jauh lebih murah iaitu RM150 untuk 2 bulan penggunaan. Off course lebih murah sebab dia bukan MLM sepertimana DSP....

Kerana mengikutkan kehendak hati, maka saya pun terbeli lah produk ni...sebab nak sgt tgk sama ke dengan DSP.....

dan parcel pun smpai.....jeng jeng jeng...



Inilah dia.......besar betul kotaknya......

Sachet kaler silver tu SSWKC........bandingkan saiznye dgn DSP.....jauh bezakan....
SSWKC berat 15g manakala DSP 1.2g. 


Ok beza kotak dan packaging dah berbeza, mari kita lihat rupanya pulak...sama takk...


Kiri: DSP.....Kanan: SSWKC

Dari segi warna mmg berbeza......SSWKC lebih light tapi dia berbau kuat....de bau mcm ubat sikit....

Dari segi rasa DSP lebih sedap.......trust me!.....mmg takleh kemam ah SSWKC!arghhhh tak sedap...so kena bancuh ngan air.....(bau still ade)

Dari segi kesan, hmm yg tu kena tunggu la 3 bulan ke.....hikhikhik......bertenaga ke tidak lepas ni...hmm

Kepada sesiapa yang meragui produk ni boleh la merujuk kepada jabatan yang berkenaan. Atau korang boleh baca blog Dr. Halina (isteri angkasawan) yang turut menggunakan produk ni. Saya ada gak emel beliau tanya ttg beza DSP ngan SSWKC....beliau jawab (dia replyyyyy tau) cmni...."never heard that product (DSP).......HAHAHA, sian DSP...tak popular rupanya.....hikhik....kalo tengok kulit beliau mmg cantik...tp jangan terpedaya...kulit beliau mmg cantik sejak azali lagi ditambah pula dengan rejim kecantikan SKII....hmmmm....

Ok, kalo korang taktau nak order kat mana, order je kat sini. Dia punya servis terbaekkk...cepat dan pantas....



Thursday, June 5, 2014

Kelemahanku

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers...:)

Berbicara tentang kelemahan...semua org ada kelemahan masing2....kelemahan dan kelebihan...kadang2 itu yang mmbezakan kita sesama manusia...hmmm

Setiap manusia pula bkn hanya ada satu kelemahan, tapi banyak...begitu juga kelebihan...masing2 ada yang lebih dan ada yg kurang...kan?

Salah satu kelemahan saya adalah bergaduh....bergaduh tu adalah satu amalan yang tidak sihat. bukan bergaduh tumbuk2 tu yang dimaksudkan...tapi bergaduh mulut....dari mulut turun ke hati...hati sakit...otak pun bengang.....

Ttg saya, saya tak pandai bergaduh mulut....sakit je hati bile org mengata macam2....kedekut lah, itu lah, ini lah....padahal sesuatu yang berlaku tu ada sebabnya.......ada puncanya.....mengapa mulut laju berbicara?bikin hati ini jadi panas membara....lalu blog menjadi mangsa.....hmmm

Mungkin juga saya ada terlepas cakap/menyakiti hati org lain, dan org yg lain pula buat mcm tu kat saya....mungkin....

Atau mungkin jiwa terlalu sensetif untuk menerima sesuatu yang di luar kawalan....I am Cancerian....sensetif...hmmm...:(

Friday, May 30, 2014

Oh My berat.....Manfaat skipping

Assalamualaikum w.b.t.....

Hi readers....salam jumaat....cerah je cuaca harini...alhamdulillah....

Harini nak cerita tentang angan2 menurunkan berat badan...Tak ingat dah bila last time timbang berat badan...tapi mase timbang tu berat 40++ je (40 lebih kg je)....10 thn lepas kot..hahaha...lepas tu bile org tanya berat bape? jawab 40 ++ je la....walopun dah tua bangka cmni...padehal perut dah boncit, lengan dah membesar mcm ahli gusti haha.....

Baru2 ni bile check BMI, terkejut beruk I bile tgk berat 50++ (50 lebih kg)...what??tapi BMI ok jer masih lagi kurus kot, tu pun ntah betul ntah tidak ketinggian yang I bg kat org tu.. (sebab pengukur ketinggian tkde kat situ).......HAHAHAHAHA......cume terkejut tengok berat...sebab tak sangka...oh patut lah suar dah ketat, baju kurung 6 thn lepas dh tak muat dah....mmg lah kan, dh 6 thn jangan nk over la kalo nak muat lg kan...melampau........

Berat 50 ++ tu ok je, malah org yg mengira BMI tu ckp kena maintain la pasni.....cuma saya rasa tak selesa sebab banyak suar dan baju yang nak kena beli baru....hahahahahahaha.....lagipun saya tak suka sangat kalo perut boncit dan muka bam bam sangat....hahahahah....tapi realitinya mmg begitu......

Dua hari sebelum check BMI tu, dh start buat skipping sebab tak tahan dah suar makin ketat.......bila dah tahu berat badan mcm tu terus bersemangat nak meneruskan rutin skipping......tapi untuk permulaan ni cuma larat lompat skipping 100-120 kali je tapi henti2 la.......

Tali skipping ni jumpe kat dalam bilik....orang lame punye....haha...pinjam ehhhhh

Then ada gak google kebaikan skipping ni, antaranya:

  1. menguatkan jantung
  2. mengempiskan perut
  3. mengurangkan berat badan
Mudah kan, lompat skipping je pun tapi banyak faedahnya.......compare to sit up, skipping lebih mudah untuk kempiskan perut. Jadi saya boleh makan seperti biasa, tak perlu control sangat, tapi terus melakukan skipping setiap hari....hmmm...setiap hari (angan2)......hopefully berpanjangan.......

Kata org yg kira BMI tu juga, senaman sangat penting untuk kesihatan. Orang memang senang diet (jaga makan), tapi sangat susah untuk bersenam. Oleh itu amalkanlah senaman yang mudah seperti skipping ni...hehehe....

Bak kata Saharifah Sakinah (artis yang mempunyai perut yang mantappp), "kalo nak makan, kena lah bersenam, kalo taknak bersenam baik takyah makan".....hmmmm fikir2kan....hehehehe


Friday, May 9, 2014

Colmar Tropicale

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Jumaat everybody.....:)

Korang pernah pergi tak Colmar Tropicale?Apa??Pernah???Hmm...nampaknya saya je la yang first time pergi ni...ye tak...Ok ok...kot2 ada yang tak pernah pergi, Colmar Tropicale ni letaknye di Bukit Tinggi Berjaya Hills, Pahang. Dari Genting Sempah korang akan melalui Kg Bukit Tinggi (bukan yang ni tau), teruskan perjalanan sebelum sampai tol Bentong Timur tu ada persimpangan Bukit Tinggi. Ha kat situ lah dia..... Eh, lebih baik korang tanya En Google daripada dgr penerangan map dari saya...hahaha........

Tempat ni la yang saya cari sejak tinggal di Janda Baik tahun lepas...dekat jer rupanya,,,baru tahun ni dapat pergi...hah hah....itupun selepas dapat tahu my best friend Isda yang g sana baru2 ni.....huhu....

Dulu teringin nak g tempat ni sebab nak tengok bangunan yg cntik2 ala Perancis....ingatkan nak kena check in dtg sini....tak payah....jalan2 cmtu pun leh gak...maklum lah tak berduit byk kan...




Mula2 masuk ke persimpangan Bukit Tinggi tu korang akan jumpa guard...bangla la yang jaga.....dari guard tu korang kena drive sejauh 15 minit lagi untuk sampai ke Colmar Tropicale.......Tapi kena bayar tiket per person....Saya pergi hari Ahad, harga tiket RM 6....tapi dia tulis kat situ RM12.....de diskaun rupanya.....


Dan saya pun berlegar-legar la kat bangunan indah yang diidamkan tuk dilihat sebelum ni......tapi pelik gak...RM6 tuk amik gambar n berlegar-legar je ke..apa attraction tempat ni?takde pape pun....sejuk pun tak....nama je Bukit Tinggi, huh....Selesai penat2 amik gambar, saya pun balik la.......

Masa dah balik baru la survey kat internet tempat ni......huhu...baru tau tiket harga RM6 tu bukan hanya untuk pergi Colmar Tropicale (CT), tapi boleh jugak masuk ke Japanese Tea House (JTH) &Botanical Garden (B1). Hmm rugi tak pegi,,,kalo taknak drive pun perkhidmatan shuttle disediakan.....Selain daripada 3 tempat tersebut, ada jugak tempat untuk tgk dan naik kuda, Rabbit park (RB PRK) n flying fox.....tapi yang tu harga lain laaa ekk.......

Kalau korang nak pergi, tengok dulu kat blog ni apa yang menarik kat sana....Klik.


Tuesday, May 6, 2014

Teluk Cempedak

Assalamualaikum w.b.t....

Hi friends....:)Hopefully awak2 semua sihat belake...hehe

Entry kali ni saya nak cerita tentang Teluk Cempedak. Teluk Cempedak merupakan sebuah kawasan pelancongan pantai di negeri Pahang. Kalau kita google image for Teluk Cempedak maka akan keluarlah gambar pantai yang sangat cantik.

Saya berpeluang mengunjungi Teluk Cempedak ni minggu lepas. Ye memang betul, pantai Teluk Cempedak sangattt cantik....Ahhhhh ruginya saya tak suka mandi laut...kalau suka dah terjun lah dalam laut...bukan ape,,kalau berendam dlm laut maka akan legam lah diriku yg dah sedia legam ni..haha......

Part yang saya suka pergi laut ni adalah melihat pemandangan yang indah...subhanallah,,,cantiknya ciptaan Allah.....langit dan pantai sama birunya.......

Cantik tak.....biru kan..kan kan....

Masa saya pergi tu, budak2 buskers tgh buat persembahan (kat pantai utama/tgh2)...perasmian something like that la untuk diorang punye fans. Ramai gak budak2 yg menonton diorang.....

Penuh dengan budak2 buskers/pemuzik jalanan

Nampak tak laut yang membiru tu? Kalau segan nak mandi kat situ sebab ramai orang...korang leh pergi kat side yang lain....kat belah kiri pantai utama...jangan risau...cantik dan ada kemudahan toilet dan tempat mandi sama macam kat pantai utama......belah kanan pantai utama lak ada resort....ada kolam renang....lepas mandi laut terus terjun kolam (tuk org yg sewa resort tu la)....


Ha...kat sini la side belah kiri pantai utama......nampak tak jambatan merah tu....dari pantai utama korang kena lalu kat jambatan merah untuk smpai ke sini...dekat je...cuma terhindar daripada org yg sgt ramai terutamanya kalau ada apa2 event kat situ......kat sini privacy sikit la...tapi ramai gak orang....

Tapi kat jambatan tu ada.....jeng jeng jeng....

Hikhik...comel je diorang landing...de yg tgh lentok layan angin pantai...de yg cari kutu....haha...jangan risau...diorang tak kacau org....

Lagi gambar pantai.....

Angin bayu menghembus perlahan...


Kat belah kiri pantai utama ni..semua kemudahan ada dan selesa.....kalau nak buat bakar2(bbq) pun disediakan tempatnye.......tapi saya tak guna pun...nak guna yg tradisional cmni...haha

Ni dah abih guna...bakar sosej je pun.....giler susah nak idupkan api sebab angin tiup...tu la org dah bg kemudahan taknak guna...kan...

As long as I can see, kat Teluk Cempedak ni takde pun bot ke, banana boat ke....malah org jual pelampung pun tak nampak......yg ade sebuah kapal layar yg tibe2 lalu...sape punye ntah..

Apepun...tempat ni sangat mendamaikan....tapi jauh la....kalau dari Bentong 2 jam lebih...3 jam kalau sesat sebab sign board dia kurang jelas bagi orang yang first time datang...hehe.....


Wednesday, April 30, 2014

Bicara yang panjang

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers.....selamat menyambut hari pekerja (in advance) hehe...esok cuti...yahhhoooooooooo.....selalunya klo cuti2 cmtu saya akan amik cuti gak hari jumaat...so panjang lah dapat cuti kan...khamis, jumaat, sabtu dan ahad....tapi kali ni tak dapat la nak cuti atas sebab2 tertentu......

Tentang bicara panjang, kalo korang perasan lah kan....kita memang selalu memanjangkan bicara...padahal kita sebenarnya takde idea nak cakap apa...contoh:

Suatu hari anak buah saya tanya....

Anak buah: kite ada byk lagu baru (kat hnset), u nak tak?"
Saya: Nak
Anak buah: Nak lagu apa?
Saya: Lagu apa2 yg femes lah
Anak buah: Lagu apa yang femes yang u suka?
Saya: Lagu apa yg u ada?

* Padahal saya taktau pun lagu apa yg femes sekarang ni.....huhu

Friday, April 25, 2014

Be my friend

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Jumaat everybody,...:)

Terhenti sekejap. Taktau nak tulis apa,,,hikhihik...mengade...

Ok, harini bakal bertemu ibu tersayang...hehe...bukan ibu mertua...kekekkekeke...So brg2 dah prepare...dengan biskut lidah kucing pelangi sekali untuk bagi Fareez...hmm dia suka sangat biskut tu....ade sikit nak bagi kat my sister untuk dijual...kekekeke....

Jadi hari cutiku pada minggu ini bakal terisi dengan melayan kerenah Fareez..makin nakal dia!

Hey readers,,,u ada blog?let me know la......nnti bleh la kite tukar2 baca blog hehe....ye la kan,,,kalo u read my blog via other person, i will never know your link!or maybe you do not want me to know?jgn la mcm tu.....jd silent reader takper...jgn jd pengintip....hikhikhik....no la, just kidding,,,,,,

Saya tulis blog ni mcm tulis diary je....byk untuk diri sendiri...dan sikit2 untuk disebarkan kpd orang lain...mula2 dulu nak cari pendapatan dgn berblog (angan2)...tapi tak mnjadi je...last2 pasrah..kekekeke...saya ni tak pandai menulis....kalo tulis pun buat sakit hati org je kot...haha...sorry......tapi suatu hari nanti mesti ramai yg berkunjung kat blog ni...bila?bila saya dah takde la.......kekekeke

Tapi mmg mcm tu kan....kita sering tak sedar dgn kewujudan org lain di sekeliling kita...until they left us...masa tu baru la tercari2 gambar lama, fb ke...blog ke.....masa tu baru nak menangis teresak2...kan....hehe...




Tuesday, April 22, 2014

My Last weekend punye cerita

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ni hari Selasa kan...hehe....Saya suka hari bekerja..tapi saya lebih suka kepada hari cuti...

Hari cuti kalo kat umah sewa, heaven lah sikit...hikhik...tak banyak keje rumah yg perlu dibuat kalo dibandingkan dgn kat kampung........

Awal pagi ahad ritu,,,,,,


Pergi kedai beli suratkhabar untuk dijadikan bahan bacaan sambil menonton tv. Roti, keropok sira madu dan air 100 plus sebagai sarapan.........

Boleh tak bygkan situasi tu berlaku tanpa gangguan.......ohh indahnye lah cuti......

Habis baca newspaper......focus on tv....walopun citer ntah ape2 kat tv kan.....

Menjelang tengahari,,,perut dah rase lapar....ohh alangkah indahnya kalo ade org boleh sediakan makanan tuk lunch....

P jenguk dapo...tengok pe yg boleh dimasak......hmm ni jer yg ada...


 Sorry lah dah termakan dulu baru amik gmbar.....

Hmm menu...telur mata kerbau, ikan bilis goreng cmpur fish cake cmpur sayur sawi....tu yo yg ado.....boleh la tu......


Harga Rempeyek Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t...

Ni entri iklan...seperti entry sebelum ni...ia adalah iklan sepanjang masa...raya ke tak raya ke boleh je kalo nak order....hehe...


Ada ke yang tengok harga lebih murah daripada ini?Tkde kot....ni siap delivery tau....tapi area Putrajaya dan kawasan2 terdekat je la.....hehe

Jenis2 rempeyek yang dijual:


  1. Rempeyek kacang tanah
  2. Rempeyek kacang hijau
  3. Rempeyek kacang dhal
  4. Rempeyek ikan bilis
Semuanya nyummmmyyyyy.......


Monday, April 21, 2014

Cara bos intip saya

Assalamualaikum w.b.t......

Saje nak cite pasal bos. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya merupakan seorang pekerja bawahan yang terasing...di sebuah pinggiran.

Duduk berjauhan dgn bos ni kdg2 best gak...yela bebas kan buat ape saje.....tapi jangan pelik la kalo ramai yg dengki...sape yg dengki?org2 yang dok dekat ngan bos la...hikhik......Tu yg kdg2 ade je kereta yg kukenali tibe2 melintasi kawasan opis...keta opismate le tu...tp tak singgah....ellllehhhh nak spy org ler tuuuu....kalo keta saya takde kat depan opis, mula la nnti ckp kat saya dpn bos (time pegi hq)..."eh haritu i dtg opis u, tkde nmpak pun keta...."saya jawab..."keta kat carwash laaa (sebelah opis je carwash)...hmm nape tak singgah ritu...nek keta plat number bla bla bla kan"haaaa tau pun dia diam tak jawab...nak kantoi kan org konon.......

Saya setiap hari mmg ade kat opis la...hehe...hari2 punch card tau!Bos2 sy pun bukannye mcm budak kecik nak dgr2 ckp orang....dia check sendiri la....cmne dia check?hehehe...cmni....waktu kerja saya adalah 9.00 am to 6.00 pm.....Biasa nye bos akan call my opis number pada pukul 9.01-9.30 am dan 5.50-6.00 pm......hehehehehe....dah byk kali dah I kena.....luckily I ada kat opis time tu....

So, what u guess?baik sangat ke saya ni...walopun bos takde kat sini, tetap patuh waktu bekerja??hehehehe...tak la....kan dah tau time2 bos wt checking...so waktu yg tgh2 tu saya g la mengular....hahahaha....tapi takde la selalu....time2 boring n ade hal je.......hehe....

Tapi time2 ngular tu pun, ada gak bos tepon...terus dia tanye cmni.."awk kat mane ni?"......erm kalo dh tanya cmtu maksudnya dia dah kol no opis ler tuuuu......then I pandai2 la jawab ape2 yg patut...hehe....

Saya cerita ni bukannya ape......yela penah tak korang bayangkan keje sorang2 kat opis?Ia sgt membosankan okay......Walopun bosan, saya kena bersyukur dan menghargai apa yang saya ada.....sebab ada orang lain tu bukan saje hidup dia bosan malah kerja pun tkde...hmmm fikir2 kan....

Yeaaaa bestnye keje sorang2...yahhhhooooooo

p/s: tapi mungkin jugak bos tepon time2 saya nk punch card....sebab dia tau waktu lain i tkde kt opis,,,,hahahahaha



Thursday, April 10, 2014

Dosa salah sangka

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers,,

Saya seorang pekerja di sebuah ofis di pinggiran kota. Saya bukan hanya seorang pekerja malah saya bekerja seorang diri. Bekerja seorang diri memberikan saya kebebasan sepenuhnya. Namun saya bukan bos, saya cuma seorang pekerja..pekerja bawahan yang terasing...:)

Apabila bekerja seorang diri, sudah tentu saya perasan pada setiap perubahan yang berlaku di ofis ini sebab saya tau apa yang saya buat, apa yang saya ubah dan alih. Ok cukup untuk intro.

Pada suatu hari selepas saya bercuti pada hari Isnin, saya perasan sesuatu apabila datang ke ofis. Rasa lain je kat toilet. Toilet perempuan pulak tu. Dengan tisunya yang basah dah jadi kering (ada kesan air-kuning2)-tapi terletak elok di tempat yang saya biasa letak. Lepas tu kat hujung toilet bowl pun ada tanda2 kuning. Keadaan itu memaklumkan bahawasanya ada orang yang datang ofis dan telah menggunakan toilet. Saya yakin dia adalah lelaki.hehehehehehehe....

Dalam hati saya terus cakap "Ni mesti bos aku lah ni, datang opis pastu guna toilet pempuan....eeeee geram betul la pengotornya orang tua ni....ish".Memang pun dia suka guna toilet pempuan kalo datang ofis ni. Saya pun pelik gak, dia tak nampak ke I dah tampal simbol pempuan kat pintu tu....

Cuma bos dan saya sahaja yang ada kunci ofis. Beliau bekerja di HQ, kdg2 je dtg ofis ni. Jadi itu lebih memudahkan saya untuk 'menuduh'...hehehehe...

So, tisu yang kotor tu pun terus saya campak dalam bakul sampah. Tapi ketika saya nak membetulkan bakul sampah yang kat dalam toilet tu, tibe2 rase berat semacam. Setelah di belek-belek, rupanya ada air kat dalam tu.

Dalam hati sekali lagi berkata "Takkan lah bos aku bengong sangat guna toilet sampai masuk air byk kat dalam bakul sampah ni"...

Then, I check2 la kan sambil tengok atas......"oooooo siling bocor rupanya......."hehehehehe

Jadi tisu dan toilet bowl yang kuning2 tu adalah kesan air ujan yang masuk melalui siling......hehehehehe...suka2 ati jer tuduh2 bos kan........berdosanya lah hai rasa hati ni.....maafkan saya, bos!

p/s: Hujan lebat setiap petang di area ofis ni....Siling pulak byk yg bocor....Storage pulak tibe2 rosak...aduhhhaaaaiiii tension nyerrrrrr.....


Tuesday, April 8, 2014

Biskut Lidah Kucing Pelangi Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t...

Ni entry iklan....bukan iklan raya..tapi iklan tuk sepanjang masa...hehe..



BISKUT LIDAH KUCING PELANGI DALILA COOKIES



Biskut lidah kucing pelangi ni adalah keluaran Dalila Cookies. Biskut ni rasa dia manis2 dan rangup2....Kalau makan tak cukup sekeping....silap2 boleh habis satu bekas. Budak2 sudah tentu lah suka.

Sesiapa yang berminat boleh la menghubungi nombor yang tertera (sms digalakkan), FB pun boleh. Bukan tak boleh call,,cuma henset ni selalu takde line. At least sms tu sampai gak la kan bile dah ade line... 

Kawasan yang berdekatan dengan Putrajaya pun boleh order tapi ada extra charge for delivery la......Tiada perkhidmatan pos ye. Bukan pe, biskut ni mudah pecah. Tu yang taknak pos tu.

Jangan tunggu raya...sekarang pun boleh rasa...tapi kena beli la...hehehehe...


Thursday, April 3, 2014

Pelik dengan segmen Dr R

Assalamualaikum w.b.t.

Jika korang pendengar radio Hot FM, pasti korang kenal dengan segmen Dr R. Segmen ini ke udara pada setiap hari Rabu (7.30 pagi- 8.30 pagi). Segmen ini dikendalikan oleh Dato Rosyam Nor di mana beliau akan menjawab solan-soalan yang diajukan oleh pemanggil telefon.

Yang saya pelik, kita tau Rosyam Nor bukanlah seorang motivator, inspirator mahupun doktor, tapi para pemanggil selalu mengajukan persoalan yang serius. Dengan suara yang serius dgn nada betul2 mengharapkan jawapan yang serius dari Dr R.

Walaupun Dr R mampu memberikan jawapan yang serius, namun dia tidak dapat lari daripada karektor beliau yang sebenar. Pasti ada ayat2 merapu yang terkeluar daripada mulut beliau. Saya tak salahkan beliau yang mampu membuatkan saya tertawa di pagi Rabu dan saya juga tak menyalahkan pemanggil yang menelefon...cuma saya pelik....napa tanya Dr R? Hok aloh...

Antara soalan yang diajukan:

1. Saya bosan dengan keja saya sekarang (mcm aku je ni), saya ada dapat tawaran keje lain tapi kena balik kul 7 mlm. Jadi patut ke saya stay je keje sekarang atau keje je kat tempat baru tu?


Jawapan Dr R.
Stay je dgn keje yang sekarang ni. Kalau tukar2 keje tu tanda kita tak fokus, takde matlamat kehidupan. Tk payah keje yang kat tempat baru tu,nnti kena balik kul 7 malam. Itu time mambang keluar.

2.Saya ada adik yang bermasalah. Bagaimana saya sebagai abg nak tolong adik.


Jawapan Dr. R.
Ko ni abg yang bagus. kena tanya adik tu betul2...Masalah tu tak semestinya datang dari keluarga, mungkin masalah peribadi atau masalah dari luar....bla bla bla bla....(tibe2 dia suh pakai ikan parang, ntah apa aku pun tak paham tapi boleh gelak2).

Pastu ada satu tips dari Dr R tentang sauna.

Kata beliau, tak semstinya orang berduit je boleh pegi sauna. Takde duit pun boleh. Tiru macam dia...pakai towel, masuk dalam kereta yang parking kat tengah panas. Takyah bukak aircond mahupun tingkap. kan sauna tu.....hok aloh!Macam2...

Tu je yang saya ingat. Yang lagi pelik tu saya sangat suka dengan segmen ni sebab saya peminat Rosyam (ooppppssss). Semangat tau dgr segmen ni walopun merapu. Di akhir segmen mesti ade puisi. Tak sempat nak rekod n salin balik puisi tu sebab selalunya dgr segmen ni masa tengah drive pergi keja.


Wednesday, April 2, 2014

Hot Balloon Fiesta Putrajaya 2014

Assalamualaikum w.b.t....

Minggu lepas saya pergi ke 6th International Hot Ballon Fiesta kat Putrajaya. Ini kali ke enam pesta hot balloon di adakan. Ia merupakan aktiviti yang disertai oleh 'ballonist' dari pelbagai negara. Saya pergi ke sana dengan cita-cita nak naik belon panas tu dan menikmati pemandangan Putrajaya dari atas........ni angan-angan besar namanya......

Mula-mula pergi pada hari Sabtu.....terlewat sikit....sampai tempat fiesta pukul 8 am lebih...parking penuh ok....ntah bila la diorang tu sampai......ramai gak la orang beratur kat kaunter tiket yang tertera "Tethered hot balloon"......Harga per tiket adalah RM20...dulu2 RM10 kot. Boleh gak beli tiket kalo nak naik helikopter...harganya RM180.

Actually saya dah g survey tempat beli tiket tu pada hari Jumaat...tapi masa saya tengok tu..belon tengah baru nak isi gas.

Hari Sabtu tu hajat nak naik belon panas terbantut. Sebab saya tengok belon tu macam ni.


Nampak tak tali tu? Ya, tethered tu maksudnya terikat.....belon panas terikat. I bajet RM20 tu boleh naik belon then jalan2 pusing Putrajaya.......rupanya naik belon mcm ni jer.....Oh My English....kekekekekekeke...So I tak jadi naik la......tengok je.....

Sesapa yang beli tiket boleh lah naik belon yang diikat ni selama seminit. RM20 per ONE MINUTE okay....Berbaloi takkkk???For me, tak berbaloi lah kan sebab cita2 besar nak pusing2 putrajaya naik belon panas.....tapi untuk the ballonist, kira berbaloi la tu.....ingat senang ke nak naik kan belon?nak isi gas?gas pun bukan murahhhh.....nak demand je korang nih kan?hikhikhik......

Gambar orang2 yang beratur nak naik belon YG KENA IKAT...hikhik

Enjoy other pictures!!

Ade 3 belon yang diikat khusus untuk pembeli tiket. Sorang boleh naik sekali jer tau.

 Ni belon 'BALLONIST' punye....yang masuk pertandingan. Orang biase tak bleh naik kecuali org2 special....hikhik......jauh tau dia terbang...nampak tak belon aiskrim tu??nyummmyyy

Ni pun ballonist punye.....Vrooommm vrooooommmmm.....2 hari saya pergi tak nmpak pun motor ni terbang...

The next event nnti korang jangan tak pergi pulak eh....walopun tak dapat ronda2 Putrajaya naik belon panas, banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan. Sesuai sangat untuk riadah satu keluarga.

__________________________________________________________________________________

Cuba baca artikel kat bawah ni....Wartawan best lah citer dia....mentang2 dia dapat naik belon panas!Huh, nyampah!Hehe...Inilah antara org2 special yang saya maksudkan.

Oleh Suliati Asri (MyMetro)
Keterujaan menaiki belon udara panas pertama kalinya dalam hidup adalah satu pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Ia pengalaman menyeronokkan dengan pemandangan mempesona ketika belon udara panas itu terapung di udara.
Namun, penulis tetap gelisah dan gemuruh apatah lagi inilah pengalaman pertama mendapat peluang sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014, baru-baru ini.
Seawal jam 6.30 pagi, penulis bersama rakan media lain berkumpul di zon biru dan ketika itu bermacam-macam perasaan penulis. Gelisah, gerun dan gementar.

Selepas tiket diserahkan, kami melangkah ke lokasi mengikut nombor yang ditetapkan.
Sementara menanti belon kembang sepenuhnya, telefon bimbit di tangan mula merakam gambar dan terus dimuatkan di laman sosial Instagram serta Facebook.

Kira-kira 10 minit kemudian, belon udara panas bernombor 16 sedia untuk dinaiki. Penulis di minta menaiki ‘winker basket’ atau gondola sebagai tempat penumpang.


Sebelum dilepaskan ke udara, Jonas Van Doorsselaere, juruterbang belon Darul Aman yang kami naiki memberikan sedikit taklimat.


“Semasa berada di dalam gondola, jangan panik, jangan lompat dari gondola, kalau mendarat, bengkokkan lutut sedikit, pegang tali yang disediakan dan nikmati penerbangan anda,” katanya.


Di dalam gondola, perasaan takut dan teruja silih berganti. Mahu saja penulis menjerit namun ditahan. 


Jonas yang sudah 10 tahun terbabit dalam dunia belon udara panas ini mula bermain dengan ‘Burners’ untuk menambahkan kepanasan dalam belon sebelum perlahan-lahan gondola itu terapung.


Di ketinggian 100 meter, dada masih turun naik dengan kencang tapi penulis menarik nafas panjang-panjang dan membaca beberapa ayat suci al-Quran.


Alhamdulillah, selepas itu perasaan gementar hilang dan penulis menikmati panorama indah Putrajaya dari udara.


Ketika belon yang dinaiki penulis terapung di udara, belon-belon lainnya masih di bawah.


“Kenapa belon-belon ini belum terbang lagi,” tanya penulis kepada Effendi Norshah, 50, yang turut berada dalam penerbangan penulis.


“Pernah dengar permainan ‘Hare & Hound’ tak?” soal Effendi.


Dengan cepat, penulis menggeleng kepala dan ternyata Effendi memahami jawapan penulis.


“Bagi pengunjung, fiesta belon udara panas ini ibarat satu pertunjukan belon berwarna-warni yang cantik”.


“Namun, bagi juruterbang, ada persaingan atau pertandingan yang dipanggil ‘Rudy’s Trophy’ atau dikenali sebagai Hare & Hound.


“Jadi, selaku belon ‘Hare’ iaitu belon yang kita naiki ini, ia kena mula beberapa minit lebih awal dari belon yang lain,” katanya.


Belon Hare ini untuk mengenal pasti kawasan pendaratan yang sesuai dengan menurunkan penanda untuk rujukan belon lain.


Peranan ‘Hound’ untuk menurunkan penanda paling hampir dengan kawasan sasaran dan mendapat markah tertinggi.


Markah dikumpulkan sepanjang empat hari fiesta itu dan belon yang mendapat skor tertinggi akan menerima Rudy’s Trophy.


“Daripada persaingan inilah kita boleh lihat kecekapan pengiraan matematik serta fizik setiap juruterbang,” kata Effendi yang juga pengadil kepada persaingan antara 17 dari 18 belon udara panas pada fiesta itu.


Sedang Jonas dan Effendi mencari lokasi sesuai meletak penanda, dari kejauhan penulis melihat belon-belon lainnya mula terapung di udara.


Pemandangan saat itu cukup indah dalam formasi yang pelbagai dan langit seperti disimbah pelbagai warna.


Suasana itu sesuai dengan tema Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 iaitu ‘Mewarnai Langit’.


Belon Superbike diterbangkan Rer Lindstarnd dari United Kingdom antara belon terbesar di dunia mencuri perhatian.


Ia seperti motosikal berkuasa tinggi terbang di udara.


Belon berbentuk kon ais krim diterbangkan oleh Benoit Simeons dari Belgium, hati dipandu oleh Yu-Ju Ha dari Taiwan dan belon ‘Darth Vader’, karakter filem Star Wars, dipandu Benoit Lambert dari Belgium turut menarik perhatian.


Antara negara yang mengambil bahagian ialah Hong Kong, Korea, Sepanyol, Perancis, Australia, United Kingdom dan Vietnam.


Malaysia diwakili belon udara panas dengan slogan ‘Together-gether’ dan penampilan buat kali pertama di Asia, belon UNICEF dengan slogan ‘Flying High For Kids’.


Belon-belon udara panas ini akan terapung di udara sebanyak dua kali sehari iaitu pada jam 7 pagi dan 6 petang.


Untuk sesi pagi, belon-belon udara panas ini hanya boleh terapung sehingga jam 10 pagi kerana udara di dalam belon itu perlu lebih panas daripada udara di luar.


Sebaik penanda diletakkan, belon-belon lain merendahkan belon dan membaling penanda sebelum naik semula ke udara.


Selesai membuat balingan, belon-belon itu termasuk belon penulis mendarat. Effendi, penulis dan Jonas mengeluarkan udara di dalam belon udara panas itu dan melipatnya sebelum pulang ke titik permulaan di zon biru.


Boleh naik helikopter keliling tasik


Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 yang berlangsung empat hari menyediakan pelbagai aktiviti khusus buat pengunjung.


Antara aktiviti lain yang disediakan termasuk menaiki helikopter pada Sabtu dan Ahad (9 pagi-4 petang) dan belon udara panas bertambat setiap hari (7.30 pagi-10.30 pagi/6.30 petang-9.30 malam) dibawakan oleh Putra Perdana Developement Sdn Bhd. 


Memeriahkan lagi fiesta ini, Zon Ekstrem Mountain Dew menyediakan pelbagai aktiviti bagi mereka yang meminati aktiviti lasak iaitu Wall Climbing, Water Zorbing dan Bumper Orb.


Aktiviti terbaru iaitu Picnic Area yang membolehkan pengunjung membuat tempahan set ‘Balloon & Breakfast’ sambil menikmati pemandangan belon udara yang mempesonakan terbang di udara. 


Samsung Malaysia Electronics menambahkan kemeriahan dengan penganjuran Pertandingan Fotografi untuk peminat foto termasuk hadiah bernilai RM10,000.


Fiesta kali ini turut memberi peluang pengunjung menimba ilmu mengenai belon udara panas dengan lebih mendalam menerusi sesi ‘Meet & Greet’.


Menerusi segmen itu, juruterbang belon udara panas yang mengambil bahagian kali ini akan berkongsi pengalaman pengembaraan mereka.


Atas permintaan ramai, acara hebat ‘Night Glow’ di mana belon udara panas dan lampu strob dinyalakan serentak diiringi muzik popular turut diteruskan seperti mana tahun sebelumnya.


Acara ini mewujudkan suasana indah sebelum kemuncak persembahan bunga api.


Buat pertama kali, acara ‘Night Glow’ akan dihiasi dengan acara pembukaan dari ‘Sith Academy’ yang dipilih oleh 501st Legion, Kelab Peminat Star Wars di Malaysia sempena kehadiran buat kali ke-3 Belon Darth Vader. 


Sementara itu, Pengerusi Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014, Mohammad Sobri Saad gembira kerana sekali lagi menjadi tuan rumah acara gilang gemilang itu.


Pihaknya berbangga dapat menawarkan peluang bagi organisasi menampilkan nama mereka ke peringkat antarabangsa melalui acara itu.


“Kami percaya acara-acara tempatan seperti fiesta ini menampilkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang tampil lebih di Asia Tenggara,” katanya.


Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 dianjurkan bersama AKA Balloon Sdn Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Majlis Sukan Udara Malaysia (MSAF) yang berlangsung di Monumen Alaf Baru, Putrajaya.


Acara ini juga adalah salah satu daripada 88 acara yang disenaraikan di dalam Kalendar Acara 2014 Perbadanan Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03