Wednesday, October 17, 2012

Tidak Boleh potong kuku dan rambut sebelum Hari Qurban

Assalamualaikum w.b.t.....

Hari Raya Haji/Qurban akan tiba tak lama lagi iaitu pada 26 Oktober 2012....Hari ini 17 Oktober bersamaan dengan 1 Zulhijjah..............(erk korang dah mohon cuti ke?Saya dah....hehehe)

Sesiapa yang berniat untuk buat Qurban pada hari raya haji tahun ini....hati2...dimana salah satu amalan yang perlu dilakukan adalah DILARANG MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT bermula pada 1 Zulhijjah......DILARANG bukan bermaksud hukumnya DIHARAMKAN.


Sabda Rasulullah: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan. 



Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda). (di copy daripada sini.)


Tapi kenapa ya?

Jawapan mengenai sebab-sebab larangan memotong kuku dan rambut, menurut bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (Fatawa Islamiyyah 2/316) bahawa :

"Hikmah larangan ini ialah apabila seorang itu ingin menawarkan korban, dia seolah-olah menyertai jemaah Haji didalam salah satu ibadat Haji - dengan kata lain mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan menyembelih korban, dia juga menyertai beberapa ciri-ciri Ihram, iaitu dilarang memotong rambut dan sebagainya." (Di copy daripada sini.)

Namun perlu difahami bahawa ibadah Qurban perluu dilakukan dengan ikhlas dengan penyerahan semata-mata kerana Allah. Larangan dalam ihram juga perlu dipatuhi semata-mata kerana Allah dan tidak perlu ditanya mengapa dan kenapa larangan tersebut. Sudah tentu banyak hikmah yang Allah berikan kepada hambaNya yang patuh dan ikhlas kepada suruhan dan laranganNya.

No comments:

Post a Comment