Thursday, July 3, 2014

Awas Maybank Scam

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers :)

Lately saya terima banyak emel yang kononnya dari Maybank..diorang cakap ada problem ngan akaun la...account deactivate la....suruh sahkan akaun la....macam2....tapi saya tak layan pun delete je.....sebab sebelum ni pun dah banyak terima emel yang macam tu.....dan ada jugak terbaca yg org lain menasihatkan supaya jangan layan benda2 macam tu...Its a scam...penipuan....diorang bukan hanya guna nama Maybank...semua bank pun ada....hmmm....

Tapi hari ni lain pula ceritanya....bukan setakat dapat emel, malah dapat call....camni diorang call:

Scam: Selamat pagi cik, saya buat panggilan daripada bahagian pengesahan Maybank..cik ada menggunakan kad bla bla bla bla kan?Saya nak buat pengesahan.

Saya yang walopun tengah blur masa menerima panggilan bersyukur kerana masih waras untuk menjawab panggilan itu..

Saya: Awak dari mana?

Scam: Bahagian pengesahan Maybank. Saya nak sahkan kad cik

Saya: Saya boleh buat pengesahan di Maybank.. (marah)

Scam: Kalau macam tu kami akan blok kan kad atm cik, dan cik kena pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 petang ni.

Saya: Ok, terima kasih. Saya boleh pergi.

Panggilan tamat. Tapi dalam hati saya cakap mcm ni "alamak betul ke kena blok?"aduhhhh takkan nak kena g Maybank.

My friend cadangkan I call Maybank customer service. Nombornye tertera di kad atm. So I pun call la cakap dengan operator....

Saya: Cik, tadi saya dapat panggilan daripada private number nak buat pengesahan kad atm...dan minta saya pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 ptg ni sebab kad dah kena blok. Betul ke tu?

Maybank: Bleh bagi no IC cik. Saya nak semak.

Saya: Boleh...(dan bagi nombor IC)

Maybank: Ok...buat pengetahuan cik, itu bukan orang Maybank yang call...itu scam....cik takde bagi apa2 maklumat kan?

Saya: Hmm takde. Habis yang dia cakap kad saya kena blok tu macam mana.

Maybank: Tak (dah check)....diorang tak boleh blok kan kad cik sebab itu bukan panggilan dari Maybank. Akaun cik selamat dan tidak diblok.

Saya: (Alhamdulillah)...Terima kasih ye.....:)

Itu sekadar perkongsian. Kadang2 kita tak bersedia menjawab panggilan org2 yang tidak dikenali. Just remeber in your mind...kalo ape2 yang melibatkan akaun bank, bank2 berkenaan TIDAK AKAN sesekali menghubungi anda melalui telefon mahupun emel. Mereka akan memberikan notis atau surat yang meminta anda datang sendiri ke cawangan2 bank.

Jadi, awas!Jangan tertipu dengan scam.....habislah nanti duit korang kalo mendedahkan maklumat peribadi korang....hmm...ok?


2 comments:

  1. Maybe boleh share no telefon scam tersebut?
    Ruqayya just read on Healing Crisis: Apa yang perlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nombor telefon cuma tertera "Private number"...hati2 ye...

      Delete