Sunday, September 7, 2014

Hidup macam gelandangan

Assalamualaikum w.b.t.....

Gd morning,,:)Semoga semuanya sihat2 sejahtera hendaknya.

Gelandangan mengikut pemahaman saya merupakan golongan yang tiada tempat untuk berteduh/rumah dan tidak mempunyai pekerjaan. Setiap hari mereka berjalan dari satu tempat ke satu tempat dan mungkin kembali ke tempat yang sama setiap malam untuk tidur. Mengapa mereka tidak mempunyai perkerjaan, tidak dapat saya nak pastikan. Terdapat juga antara mereka yang mempunyai pekerjaan tapi mungkin gaji tidak seberapa dan hidup sebagai gelandangan adalah pilihan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan.

Melihatkan kehidupan mereka yang serba kekurangan itulah maka ramai pihak NGO mengambil pendekatan untuk menghulurkan bantuan dengan memberi makanan atau pun pakaian. Namun isu (dah lama) memberi amaran kepada 'pemberi' supaya menghentikan bantuan mereka. Mereka yang membantu gelandangan akan dikenakan tindakan. Hmm... Apa masalahnya dengan gelandangan, sedangkan di negara-negara lain malah negara berkuasa besar juga mempunyai golongan gelandangan.Mungkin mereka tidak tahu keperitan yang dilalui oleh golongan gelandangan.:(

Saya pernah juga merasa/terasa keperitan seperti gelandangan apabila suatu ketika terpaksa bermalam di dalam kereta. Beberapa malam dengan keadaan begitu menjadikan saya merasa sangat simpati kepada golongan gelandangan. Hidup berumahkan kereta, walaupun berbumbung dan terlindung namun masih tidak selesa. Nyamuk2 silih berganti menghinggapi tubuh, suasana bising di luar dengan deruman motor berlumba, panas dan orang di luar yang sentiasa lalu lalang memandang. Malu tapi terpaksa. Setiap malam saya mencari tempat tidur. Stesen minyak dan hentian rehat saya rasakan tempat yang selamat untuk bermalam kerana ada pengawal yang bertugas 24 jam.:). Di tempat itulah saya mandi dan bersiap untuk hari yang seterusnya. Masjid dan surau pula menjadi tempat untuk saya singgah bagi menunaikan solat 5 waktu. Dengan tak sengaja kehidupan seperti itu memberi saya peluang untuk solat secara berjemaah di surau dan masjid yang saya singgah. Alhamdulillah. Jika dirumah, belum tentu saya mampu pergi ke surau yang berdekatan untuk solat berjemaah.

Saya mempunyai rumah (sewa), dan kehidupan seperti itu dilalui atas sebab2 tertentu. Tapi itu sudah cukup untuk saya menghormati kehidupan gelandangan. Tidak sepatutnya kita menghentikan bantuan yang dihulur kepada gelandangan. Kita tidak dapat memahami kehidupan orang lain dan kita tidak tahu atas sebab apa mereka jadi begitu. Hidup ini seperti roda. Kadang2 kita di atas, dan ada ketikanya kita berada di bawah. Beringatlah..



No comments:

Post a Comment