Monday, September 29, 2014

Sauna menggunakan periuk nasi!

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers....happy Monday....no Monday blues ok!;)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara-cara melakukan sauna di rumah dengan hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Jadi, anda boleh menjimatkan masa dan wang kerana tak perlu lagi pergi ke pusat2 Spa untuk bersauna, unless kalau korang jenis yang banyak duit dan MALAS nak buat sendiri itu lain cerita lah kan.

Ok, terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya Farah Diva kerana sudi mencuri masa berkongsi dengan saya cara bersauna menggunakan periuk elektrik ni......Kalau korang seorang perempuan yang ingin menjaga kesihatan dalaman tetapi tidak punya masa nak pergi ke Spa, ada keluarga dan anak2 yang memerlukan perhatian selain anda sendiri merupakan wanita bekerjaya, maka cara sauna ini sangat membantu. Eh, korang taktau ke kebaikan bersauna? Kalau taktau boleh la tanya ENCIK GOOGLE dulu ye,,,,,;)


SAUNA MENGGUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK

Bahan-bahan:
daun mengkudu, serai, kunyit, halia dan lengkuas

Alat : Periuk nasi elektrik (baru beli dan tak pernah digunakan untuk memasak nasi), kerusi (yang ada lubang2, jenis kayu lebih baik), selimut tebal, kain sarung


Cara-cara:


  • Masukkan semua bahan2 yang dah dipotong2 ke dalam periuk nasi dan isikan air, macam ni:



  • Tutupkan periuk dan pasang suis, biarkan ia mendidih
  • Sambil tunggu air mendidih tu, pergi la tukar pakaian kepada pakai kain sarung sahaja (yang lain tanggal supaya peluh dapat keluar dengan senangnye)......jangan bogel, tak baik tau!
  • Apabila air telah mendidih sepenuhnya, buka kan penutup periuk dan letakkan periuk di bwah kerusi (suis still on). Kat bawah ni kerusi plastik (pun boleh, tapi cepat lembik Farah cakap)



  • Selimutkan badan anda supaya haba yang terbebas dapat menusuk ke arah badan sepenuhnya. Tahan sehingga 30 minit (bergantung kepada keupayaan diri sendiri, tapi jangan lama sangat sampai 24 jam lak!
  • Bahan2 yang di rebus tadi akan mengeluarkan bau yang harum, jadi jangan risau. Lagipun ia adalah bahan2 semulajadi.
  • Setelah selesai, air rebusan boleh la dibuang bersama-sama dengan bahan yang dah tak boleh diguna semula. Yang boleh diguna semula boleh la dibersihkan dan disimpan rapi (pastikan tidak diguna semula untuk memasak ye, ingat tu!!!)
  • Boleh la pergi mandi dengan senang hati. Anda pasti akan berasa segar selepas itu. Senang kan?

Jadi boleh lah anda melakukan sauna sekerap mana yang anda suka. Tapi jangan lupa untuk minum air dengan banyak selepas bersauna. Masa buat sendiri tu nanti feeling2 la macam kat pusat Spa yang eksklusif...hehe


Selamat mencuba!





No comments:

Post a Comment