Thursday, December 8, 2016

Bayar PTPTN guna KWSP untuk yang study tahun 2000

Assalamualaikum w.b.t

I feel a little bit happy because my e-withdrawal KWSP dah lulus untuk bayar PTPTN! This means my hutang for ptptn have been reduced yeaa yahhhooo! (walopun masih banyak baki yang tinggal huhuhu).

Kenapa saya bayar guna KWSP? sebab saya takde cash/duit hahaha. Bukan tak pernah bayar ptptn ni. cuma bayar on off.lame2 lupa nak bayar hahaha.

Tahun ni tibe2 ada niat nak bayar betul2....kebetulan kecoh pulak pasal senarai hitam bagi yang tak bayar ptptn. so semangat nak bayar semakin berkobar-kobar.

Ok. saya study tahun 2000-2003. Mengikut pemahaman saya sesapa yang study tahun 2000 tidak layak untuk menggunakan wang kwsp untuk bayar ptptn. mati kutu dibuatnya camne la nak byr hutang tu guna cash sementalah jumlahnya semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Maka saya pun buatlah permohonan untuk tolak gaji bagi membayar ptptn. saya call org ptptn-A. namun hampa apabila diberitahu bahawa tindakan tersebut tidak meninggalkan kesan kerana hutang yang dah bertimbun. Takkan nak tolak gaji dengan jumlah yang banyak setiap bulan kan? dia suruh saya call org lain-B untuk tukar akaun kepada ujrah terlebih dahulu dan berunding dengan B bagi tindakan seterusnya.

Hmm panjang panjang citer seterusnya nih...hehe...

Ok. Bila I call B, dia cakap kena byr tunggakan dulu sekurang-kurangnya 50%. Hmmmm sekali lagi terfikir...mane lah nak cari duit ni. Mmg tkde la duit kalo nak byr ribu riban ni aduiii. Then I tanya boleh ke guna kwsp?sebab saya kan belajar tahun 2000. dia cakap boleh. owh boleh ke???dia cakap memang saya study tahun 2000, tapi saya sign agreement tahun 2001, so boleh la....

Then I try la guna e-pengeluaran kwsp untuk pendidikan. I tak bgtau B pun. masa tengah isi form tu ada ruang untuk start date (for study) and end date. I letak la thn 2000....tak boleh. then I fikir sendiri maybe boleh letak tahun 2001 kot. pastu i letak la thn 2001-2003. dapat la mesej sehari lepas tu cakap PTPTN dah luluskan permohonan. Suka gak la time tu. Lepas tu dapat pulak mesej dari kwsp kat henset suh datang kwsp untuk cap jari. kena bawak transkrip belajar.

Saya pun pergi la kwsp. sampai kat kaunter org tu mintak transkrip. lepas tu dia tanya kenapa tahun yang isi online tu tak sama dengan yg dalam transkrip? Lepas tu dia reject. dia cakap contact org ptptn dulu. Masa ni I tak teringat langsung nak call B. I terus g ptptn yg kat bangunan kementerian pengajian tinggi putrajaya.

Masuk jer bangunan cantik tu ambik no giliran. then jumpa kat kaunter I bagitau la my application untuk keluarkan kwsp tu failed. org ptptn tu-C pun check la. dia cakap camni. ni memang dah tak boleh keluarkan kwsp ni. sebab belanjawan 2017 dah dibentangkan. (masa belanjawan Najib bagi diskaun untuk byr ptptn). I pun terfikir what the heck pulak tak boleh.........pastu C cakap lagi akaun tu kena tukar ujrah dan kena bayar RM1000 time tu jugak. eiiiiii geram nye dgn PTPTN ni. I fikir lame kat depan C. C diam tanpa beri apa2 penerangan yang melegakan. rasa nak nangis pun ada time tu. then I cakap kat C yang I taknak byr PTPTN sebab I takde duit. C cakap ok jer. I mmg geram betul kat C time tu.

Sambung lagi.

Disebabkan semangat berkobar-kobar nak byr hutang PTPTN maka I try sekali lagi isi form e-pengeluaran kwsp. then I check semula dengan PTPTN hotline. I tanya la kenapa i takleh letak tahun belajar 2000, then lepas dah isi yang keluar tu tahun lain la pulak. Dia cakap I patutnya contact B. sebab setiap client yang menghubungi PTPTN tu diletakkan di bawah pegawai2 yang tertentu untuk di entertain. dia cakap hal tersebut boleh dibawa berunding dengan menghubungi B semula. owh B, baru saya teringat awak.

Dengan B, communication thru whatsapp jer. cepat jer dia reply. bila i dah cerita semua masalah I, dia terus cakap "nape tak contact saya awal2.....". dia cakap patutnya masa dah isi form tu bgtau dia dulu. dia boleh adjust kan tarikh mula dan habis belajar. disebabkan I dah buat permohonan kali ke-2 so kena la tunggu permohonan expired.

Lps expired, I isi form e pengeluaran kali ketiga. masa nak isi bgtau B, Lepas habis isi form pun bagitau B. then bila dah dapat sms daripada kwsp untuk pengesahan cap jari terus jer g dengan bawa transkrip................then approved!yeaaaa..tapi kena tunggu 21 hari bekerja untuk payment cleared by kwsp to ptptn. dia cakap jer 21 hari, tapi tak sampai 2 minggu dah clear dah........cepat kan??hehehe

Prosedur seterusnya contact B semula untuk pertukaran kepada ujrah dan pertukaran jadual untuk bayaran balik. Amaun nak bayar balik pun boleh dirunding semula ikut kemampuan. Now I nak tunggu agreement jer daripada B. kire settle lah tu...alhamdulillah and in shaa allah nak byr secara konsisten.

Namun persoalannya disini kenapa C cakap tak boleh and kena byr RM1000 on the spot? Bagi saya C sangat tak profesional. Sepatutnya dia menunjukkan jalan macam mane org nak byr. Bukannye menghentikan niat org nak bayar dengan layanan yang tak sepatutnya. I hate C. Kerja kat bangunan cantik dan gah tapi perangai tak sesuai dengan jawatan. Kalau dah kerja kena menghadap orang ramai tu cuba la maniskan muka dan layan orang dengan baik. Menyampahnye lahhhaiii.

I ada jugak ngadu kat B pasal kes dengan C. Dia cakap maybe C tersilap tengok tarikh agreement (ayat backup C). Pastu B cakap RM1000 kirenya untuk byr tunggakan dulu. Huh whatever it is I really hate C. kalau korang ada masalah dengan pembayaran ptptn ni tak payahlah susah2 pergi ptptn yang kat kementerian pend tinggi tu. call jer ptptn hotline kat 03-21933000. layanan diorang lagi bagus lah!!








7 comments:

  1. Rumitnya nak bayar. Kalau semua orang professional macam B, kan senang. Baru tahu yang ptptn boleh bayar guna kwsp. Tq share.

    ReplyDelete
  2. yes betul...terbaik layanan B....dah dapat agreement pun still contact dia tnye mcm2...dia layan jer...B tu perempuan

    ReplyDelete
  3. Betul betul betul.. Call hotline lagi puas hati daripada pergi kaunter... Sakit hati je..

    ReplyDelete
  4. Saya sign agreement tahun 2000. Masih boleh bayar pakai kwsp ke? Sebab mmg saya x de savings nak bayar wang pendahuluan. Mohon pencerahan. Tq.

    ReplyDelete
  5. Saya sign agreement tahun 2000. Masih boleh bayar pakai kwsp ke? Sebab mmg saya x de savings nak bayar wang pendahuluan. Mohon pencerahan. Tq.

    ReplyDelete
  6. BOLEH BG NO B TAK

    ReplyDelete
  7. Haah la... boleh bagi contact no B tak?

    ReplyDelete