Nuffnang

Saturday, October 30, 2010

Unsur2 sesat Lady Gaga......& Siapakah Dajjal

Simbol2 yg sering digunakan oleh Lady Gaga...
  • Nombor 6: Lady Gaga dilihat selalu menunjukkan tanda bulat dengan mnggunakan jarinya...tanda itu merupakan simbol nombor 6 yangdiambil daripada trio 666 yg membawa maksud "nombor keganasan" atau "the number of Beast"...nombor ini terkandung dalam The Book of Revelation..
  • Panahan Kilat: Terdapat sesetengah pakaian yg diperagakan oleh Lady Gaga mengandungi simbol berbentuk panahan kilat..ia membawa maksud kemusnahan serta keganasan Tuhan yg mentadbir alam
  • Kepala kambing: Simbol yg begitu dekat dengan pengabdian syaitan yg sering digunakan untuk upacara pemujaan...simbol ini sering kelihatan dalam video klip Lady Gaga
  • Lingkaran hitam putih: Ia mewakili matahari dan Tuhannya menurut kepercayaan Kaballah Freemason
  • Mata: Dianggap mata Tuhan yg mampu meliuhat sekelian alam menurut kepercayaan Freemason dan Illuminati
  • Salib terbalik: Simbol membawa kepada penyelewengan dan sesuatu yg negatif yakni membawa konsep Satanisme.Sering digunakan dalam ritual kejahatan dan ilmu gelap
  • Sacred Heart: Merupakan pendarahan hati tuhan sebagai memelihara kesejahteraan umat manusia. 
Wallahualam,,,,

 Siapakah Dajjal?

Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajjal adalah lelaki yang pendek,badan gempal,matanya rosak (mengecut).Kalau kamu masih ragu2 tentang Tuhan kamu.Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya".

Dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa.Dia telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.Dia digelar al Masihi ad dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.Didahinya tertulis 'kafir' dan boleh dibaca oleh semua orang Islam.Ajalnya ditangguhkan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.

Keistimewaan Dajjal:
  1. ada bersamanya syurga dan neraka.apa yg diberikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka,begitulah sebaliknya.
  2. dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau,kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi.dia akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduk di situ mengaku beriman kepadanya.bagi daerah yg tidak mengaku beriman kepadanya akan berada dalam kebuluran dan kesusahan.
Hadis yg diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud "para sahabat bertanya:Ya Rasulullah,apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?
 
Rsulullah menjawab,"mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil,takbir,tasbih dan bertaubat.zikir2 itu yang akan menjadi makanan mereka"
 
3. dia boleh menjelajahi seluruh pelusuk bumi ini dalam masa 40 hari dgn kepantasan luar biasa..
Dalam hadis dari Anas bin Malik,Rasulullah s.a.w bersabda "dajjal akan keluar dari kota Yahudi,Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan"-riwayat Imam Ahmad.

Rasulullah telah memberikan tips kepada umatnya untuk mengelak fitnah dajjal:
  • menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi
  • membaca :Ya Allah,aku berlindung denganmu dari azab neraka jahannam,azab kubur,ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al  masihi ad dajal
Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqdis dan dibunuh oleh Nabi Isa.

Wallahualam......

Sumber:Al-Islam-Nov2010

1 comment:

  1. gud info.. inilah sebab mawar tidak suka lady gaga. langsung tidak berminat untuk tahu pasal hal hidup dia.

    semoga kita terselamat dari hasutan dajjal. aminn..

    ReplyDelete