Monday, October 1, 2012

Lembu dari Australia tak boleh disembelih di tempat terbuka ketika menjalankan ibadah korban tahun ini

Assalamualaikum......

Apa Reaksi spontan anda ketika membaca tajuk di atas?


  • terus tanya "kenapa pulak"
  • kalo sembelih gak camne?ade diambil tindakan ke?
  • Abis nak sembelih kat mane?
  • kenapa??
  • ade aku kesah?lembu tetap lembu,,,,,menepati hukum hakam penyembelihan cara islam dah cukup....
Sebenarnya pihak kerajaan Australia telah mengeluarkan surat berhubung kepada perkara di atas...omputih ni kan naluri perikemanusiaan mereka sgt tinggi.....diorang takkan izinkan apa sahaja jenis haiwan dianiaya.....perkataan 'dianiaya' pada mereka mungkin berbeza dengan pandangan kita orang Malaysia....sembelih cara iSlam dikatakan kejam sebab guna pisau, kalo diorang guna kaedah stunning tidak pulak dikatakan kejam...begitulah alkesahnya.....

Seperti kita tahu....Australia merupakan pengeluar terbesar daging/ternakan lembu....tak kira la lembu daging atau tenusu....sebab tu banyak negara lain yang mengimport daging dari Australia kerana negara2 lain tidak mampu menjadi pengeluar yg boleh memenuhi permintaan daging negara masing2.....

Kebiasaannya pihak yang berkenaan dari negara Australia akan datang ke negara pengimport untuk melihat sendiri bagaimana haiwan2 mereka 'dilayan'.Jika berlaku 'penganiayaan' nescaya penghantaran lembu akan dihentikan ke negara tersebut...mereka sgt tegas dalam hal ini.....

Berbalik kepada tajuk di atas...arahan berkenaan dikeluarkan selepas pihak Australia telah melihat video penganiayaan lembu mereka di negara Indonesia pd hujung tahun lepas......Ok, video itu mmg kejam (ye sgt kejam, bukan mcm sembelihan kat negara kita).....Oleh itu kerajaan Australia telah menetapkan lembu yg dieksport dari negara mereka hanya layak disembelih oleh mereka yg bertauliah dan penyembelihan dilakukan di rumah sembelih yg diiktiraf........kat Malaysia ni...kat mane ade rumah sembelih?jabatan veterinar mmg ade rumah sembelih...tp saiznye kecil dan tak tau lah pulak kalo ia memenuhi piawaian....hmm so kt mane lg rumah sembelih yg diiktiraf?jengjengjeng....mungkinkah di sebuah lokasi di Gemas itu?(Ala yg selalu keluar kat tv kalo berita pasal lembu ke,,,pasal politik ke.....taktau ke)...Ok, saiznya mungkin tidak cukup untuk menampung kuantiti lembu untuk dikorbankan pada hari raya haji nanti sebab ia cuma mini abattoir........

Lembu Australia pula mmg menjadi pilihan untuk ibadah korban sebab saiznya besar,,,,dagingnya sedap,lebih lembut berbanding daging lembu tempatan negara kita...kalo arahan tak dipatuhi...hmmm mungkinkah orang yg mengimport lembu itu akan berhadapan masalah?hmm mungkin jugak...tak jalan lah bisnes diorang...lepas ni kena import daging jer dari australia...tk bleh import lembu lagi dh...mungkin lah....teori saya sahajae....

Dari aspek agama Islam sendiri.....semua haiwan sewajarnya mendapat layanan yg baik daripada manusia....dan untuk penyembelihan,antara kaedahnya pisau yg digunakan perlulah tajam supaya penyembelihan lancar,pisau jgn diasah dihadapan lembu2 lain yg tak disembelih,penyembelihan itu pun tak boleh dilihat oleh lembu lain....dan yg penting penyembelih itu bersih dari 'kekotoran',memalingkan lembu ke arah kiblat dan membaca bismillah ketika menyembelih....

Satu lagi..negara kita mmg memerlukan pusat ternakan dan penyembelihan lembu/haiwan ruminan yg besar dan kalau boleh biarlah byk bg menampung permintaan daging negara......dan biarlah projek2 seperti itu diterajui oleh mereka yg pakar dan telus.....mane tau kita boleh jadi lebih baik daripada negara Australia...hmmm.....fikir2 kan....

*tibe2 pasal lembu*

3 comments:

  1. baru dengar kat tv tadi cerita pasal lembu ostrolia nie.. tup tup terbaca kat sini pulak.. hahah.. pendapat yang menarik juga kiranya..

    oh ya.. gua sampai sini lepas google maksud pesimis.. thanks for the info.. salam kenal n keep up the good work..

    ReplyDelete
  2. ops.. typo plak..
    gua google maksud pesimistik sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. haha...tenkiu....ade gak org singgah blog ini..hehe

    ReplyDelete