Monday, March 10, 2014

Peace tv - Dr Zakir + Kehilangan MH370

Assalamualaikum w.b.t.....

Saya percaya seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia terkejut dan sedih dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 pada pagi Sabtu 8 Mac 2014. Pesawat itu membawa 239 orang (penumpang + krew + pilot+ co-pilot) dari 14 buah negara, majoriti adalah warga China dan pesawat dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing. 

Saya sangat bersimpati dengan kehilangan pesawat ini dan berharap keluarga penumpang MH370 bersabar dengan dugaan ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan untuk mereka. Berkongsi satu pendapat dari seorang tokoh berpengalaman dalam operasi menyelamat pesawat yang hilang, nasihat beliau seharusnya kita meminta bersungguh-sungguh dariNya yang Maha Berkuasa supaya 'membuka apa yang tertutup' supaya dapat terungkai masalah yang sangat rumit ini. Berserah lah pada Allah.

Pandangan bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Norudin Abd Majid (MHI TV3)- beliau berkali-kali mengingatkan kita supaya berdoa kepada Allah. Doa orang yang soleh dan doa ahli keluarga orang2 yang terlibat sangat diperlukan. Kata beliau lagi terdapat hijab antara sains dan alam ghaib dalam perkara yang sedang berlaku ini. Kembali lah kepada rahmat Allah. RAHMAT ALLAH AKAN TURUN DENGAN PENUH KASIH SAYANG KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN....sesungguhnya kita hanya hamba Allah dan ilmu kita tidak setara untuk menjangkaui kekuasaanNya.

Tengok video daripada frequency.com di bawah:




Tentang Peace tv, Dr Zakir, saya tertarik dengan rancangan beliau yang boleh ditonton pada jam 10 malam, TV Alhijrah. Saya kagum dengan kebolehan beliau menyebut nama surah dan kedudukannya (ayat berapa) dalam Al-Quran dengan sangat pantas dan lancar. Untuk pengetahuan semua, beliau juga hafal kedudukan ayat dalam kitab2 lain seperti Bible, kitab Hindu dan sebagainya. Dalam rancangan dakwah ini, beliau memberi keutamaan kepada orang bukan Islam untuk bertanya soalan tentang apa yang menjadi kemusykilan mereka tentang agama Islam. Malah lebih menarik lagi terdapat juga orang bukan Islam yang bertanya soalan terus memeluk Islam selepas mendapat jawapan daripada Dr. Zakir. Subhanallah....

No comments:

Post a Comment