Friday, March 28, 2014

Orang-orang yang baik - MH370

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini merupakan hari yang ke- 21 usaha mencari pesawat MH370 (nama sebenar 9M-MRO). Semoga semuanya berjalan lancar. Orang yang macam kita yang takda kudrat nak pergi cari bukti ni hanya mampu berdoa. Namun kuasa sebuah doa itu mengatasi segala-galanya. Maka, berdoalah. Bergantung harap lah kepada Yang Maha Esa. 

Malam tadi melalui rancangan Semanis Kurma, Ustazah Siti Norbahyah menyedarkan kita bahawasanya orang2 yang menaiki pesawat MH370 itu adalah orang yang baik-baik, sangat baik......kenapa?Lihat sahajalah kita semua mendoakan mereka, malah seluruh dunia mendoakan mereka,,,,bertuahnya mereka.....hebatnya mereka......subhanallah.....

Walau di mana pun mereka berada, semua orang mengharapkan mereka selamat malah ramai yang berharap mereka pulang kembali ke sisi keluarga.

Saya tidak berminat untuk menyebarkan spekulasi, tapi saya tertarik dengan satu video yang di post kan oleh Munzir Mohamad di FB. Video itu kemudian dikongsi oleh ramai orang termasuk page Friends of Captain Zaharie.

Saya taktau kenapa saya menangis menonton video tersebut. Video tu menggambarkan harapan kita untuk melihat kembali pesawat itu terbang dengan megahnya membawa semua orang2 yang didalamnya dengan selamat menuju ke destinasi yang sepatutnya. Video itu juga menggambarkan bahawa teori yang mengatakan pesawat terhempas di lautan Hindi hanya sekadar teori. Video itu juga saya lihat sebagai pemangkin untuk kita semua supaya teruskan berdoa.

Walau dimana pun mereka berada, doakanlah kesejahteraan mereka. Mati itu pasti dan sebagai manusia sudah tentu kita tidak boleh menolak qada' dan qadar.......Alangkah bahagianya mereka jika benar mati sebagai Syahid Akhirat...Subhanallah....



No comments:

Post a Comment