Friday, December 6, 2013

Motivasi Jumaat

Assalamualaikum w.b.t.....

Salam Jumaat kepada semua....cuaca macam mendung je....hmm musim hujan kan...semoga mereka yang terlibat dengan bencana banjir dapat bersabar dengan ujianNya....diharap juga pihak yang bertanggungjawab membantu mereka dapat menghulurkan bantuan secepat yang mungkin. Kita yang jauh ni berdoalah supaya cuaca cerah kembali dan air sungai dikawasan banjir dapat surut.....ini semua kuasa Allah......redha lah.....

Cuaca yang suram ni kadang-kadang mempengaruhi mood bekerja.....biasa lah tu kan...esok lak hari Sabtu..dah terbayang-bayang indahnya hari cuti...hehe...

Namun, di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin kongsikan kata-kata motivasi khusus untuk mereka yang rasa hampir putus asa dalam bekerja. Kata-kata itu berbunyi begini:

"Kita diberi pahala atas usaha kita, bukannya atas kejayaan kita.....sama ada gagal atau berjaya kita tetap diberi pahala asalkan kita berusaha"

Kata-kata tu kawan saya yang cakap....nama dia zira....

Di sudut yang lain, saya rasa walau apa pun pekerjaan kita, asalkan kita buat kerja yang halal, dan kita berusaha sehabis mungkin dalam bekerja, kita tetap mendapat pahala....itu pun dah di kira berjaya kan?

Tak semestinya kita perlu menjadi Doktor, gabenor dan sebagainya baru kita di anggap berjaya..kalau kita kerja operator kilang pun, kita tetap berjaya kalau kita rajin.Tak gitu?

Jadi, berusahalah sehabis baik dalam melaksanakan apa sahaja perkara.

Zira yang pakai tudung biru. Ni semua rakan masa sekolah menengah STAD. 



No comments:

Post a Comment