Thursday, November 28, 2013

Beg guna semula untuk buang sampah dalam kereta/reusable litter bag for cars

Assalamualaikum w.b.t....

Buang sampah ke luar dari kereta adalah sangat sinonim dengan masyarakat kita. Kenapa?Sebab mereka taknak kereta penuh dengan sampah, jadi campak je ke luar. Oleh itu pekerja-pekerja am Majlis Perbandaran (contoh) yang akan mengutip sampah-sampah yang bertebaran.

Sebagai orang yang berpendidikan, sepatutnya kita kumpul dulu sampah yang ada kat dalam kereta kita, then buang di tempat yang sepatutnya (tong sampah). Mungkin kita patut menyediakan plastik in case ada sampah so senang nak masukan dalam plastik tersebut. Walaubagaimanapun plastik adalah bahan yang tidak boleh dihadam oleh tanah. Dengan erti kata lain plastik bukan barang yang mesra alam dan tidak boleh di 'recycle'. Pemusnahan plastik menyebabkan penyebaran gas karbon dioksida yang menjadi penyebab kepada pemanasan global. Terdapat juga orang yang menyediakan tong sampah kecil kat dalam kereta...terpulang kepada citarasa masing-masing asalkan kita tak mencampakkan sampah ke luar dimana ia boleh menyebabkan alam sekitar kita kurang menarik (kotor).

Baru-baru ini (padahal dah lama- sebelum Hari Raya-1 Ogos 2013)...di Tol Sungai Besi...terdapat pelajar-pelajar UPM yang mengedarkan recycle bag KeTTHA (kementerian tenaga, teknologi hijau dan air) khas untuk diletakkan dalam kereta. Beg tersebut disertakan bersama-sama dengan CD lagu Maya Karin (ada 2 lagu je). Maya Karin seperti yang kita tahu merupakan aktivis alam sekitar. Beliau merupakan wakil selebriti untuk menjayakan kempen KeTTHA tersebut.

Ok, beg tersebut sangat cantik. Hmm. Sila lah lihat dan praktikkan untuk kebersihan dalam kereta anda ya.

ini bahagian depan beg

di sangkut menghadap ke belakang....senang penumpang belakang nak buang sampah

di sangkut di tempat duduk depan, untuk yang tiada penumpang-driver je yg ada macam saya...hehe

Jadi, bersama-sama lah kita menjaga kebersihan alam sekitar kita. Jangan marahkan matahari sebagai punca panas, marahkan diri sendiri yang tidak bertindak untuk mengurangkan pemanasan bumi.

No comments:

Post a Comment